Muhyiddin cadang MPN negeri bagi percepatkan proses pemulihan

October 21, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Pemulihan Negeri perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi mempercepatkan proses pemulihan negara pasca pandemik.

Beliau berkata majlis itu boleh menjadi jambatan antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi melancarkan proses pemulihan yang dirancang.

Menurutnya dalam beberapa sesi dialog sebelum ini, antara perkara yang dibangkitkan oleh peserta berhubung Majlis Pemulihan Negara adalah mengenai kaitannya dengan kuasa kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT); dan bukannya (melibatkan) kuasa Persekutuan sahaja.

“Oleh itu bagi mempercepatkan proses pemulihan, saya harap kerajaan-kerajaan negeri (dapat) menubuhkan majlis itu dan ia mempermudahkan urusan MPN,” katanya lapor Bernama.

Muhyiddin terdahulu mengadakan Majlis Sesi Dialog Pemain Industri Sektor Ekonomi dan Sosial Negeri Melaka hari ini.

Mengenai sesi dialog hari ini Muhyiddin berkata antara pandangan yang diterima daripada pemain industri pelancongan adalah supaya pembukaan pintu sempadan negara disegerakan agar pelawat asing dapat datang ke negara ini untuk melancong.

“Perkara ini ada dalam pertimbangan kerajaan dan saya akan kemukakan lagi pandangan itu dalam mesyuarat MPN yang akan datang,” katanya.

Muhyiddin berkata, dalam perjumpan itu, penggerak industri di Melaka membangkitkan isu berkaitan kekangan tenaga kerja dan pembiayaan bagi membuka semula perniagaan mereka.

Katanya, kedua-dua isu sedang diteliti oleh dua jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada mesyuarat MPN lalu.

“Insya-Allah, jawatankuasa ini akan membentangkan laporan dalam tempoh sebulan,” katanya.

Menerusi pertemuan dengan penggerak sektor sosial, Muhyiddin menekankan pemulihan negara perlu menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada pemulihan ekonomi semata-mata.

Justeru, tegasnya, penting untuk pihak berkuasa mengambil kira aspek pemulihan dari segi kemasyarakatan, tata hidup dan rohani supaya segala usaha lebih sekata dan bermakna serta memanfaatkan seluruh rakyat.

“Saya mengingatkan proses pemulihan seperti mana dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini akan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip tiada kelompok yang tertinggal.

“Prinsip ini bukan sekadar slogan dan laungan, tetapi nilai yang penting dijadikan amalan demi mencapai pemulihan yang seimbang dan menyeluruh,” tegasnya.

Muhyiddin turut menyatakan kekaguman terhadap semangat kental dan kecekalan rakyat Melaka menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Beliau yakin dan percaya dengan kerjasama semua pihak, rakyat Melaka dan di seluruh negara berupaya bangkit kembali.

“Sebagai negeri yang terkenal dengan sektor pelancongan dan pembuatan, Melaka perlu diberi peluang berkembang dan maju dalam peralihan daripada fasa pandemik kepada fasa endemik,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok