Suspek utama kehilangan RM25 juta kini dituduh edar dadah

October 20, 2021 · Isu semasa

Suspek utama yang terlibat dalam kes kehilangan wang tunai RM25 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini disiasat atas tuduhan mengedar dadah.

Polis pada mulanya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan suspek memiliki pil Erimin 5, sebelum menemui petunjuk bahawa pegawai SPRM berkenaan mungkin terlibat dalam aktiviti mengedar bahan terlarang itu, lapor Malaysiakini.

Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman, Razarudin Husain mengesahkan penahanan suspek.

Katanya, suspek kini ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 atau lebih dikenali sebagai LLPK.

“Kita tahan di bawah Seksyen 3(1) LLPK untuk buat siasatan. Ada dua saksi yang kita tangkap. Jadi daripada situ kita nampak ada macam unsur-unsur pengedaran dadah berlaku.

“Dia (suspek) asalnya kita tangkap kerana memiliki pil Erimin 5 dan ujian air kencing positif kerana salah guna dadah, susulan laporan yang dibuat oleh SPRM.

“Kami mengesyaki dia terlibat dalam mengedar pil Erimin 5 dan juga methamphetamine,” kata Razarudin.

Difahamkan, ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif amfetamin dan benzo – bahan yang biasanya ditemukan dalam Erimin 5 dan methamphetamine.

Menurut Razarudin, pihak polis percaya suspek mungkin terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah selama lebih setahun.

“Dia sekarang ditahan selama 60 hari di bawah LLPK. Tapi kita tak akan tahan sampai 60 hari ,apabila siasatan selesai kita akan serahkan kertas siasatan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan lanjut,” kata Razarudin lagi.

Suspek merupakan salah seorang daripada tiga pegawai SPRM yang ditahan oleh suruhanjaya itu bulan lalu bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa kuasa dan penyelewengan dalam kes membabitkan “seorang bekas ketua jabatan.”

Difahamkan, para pegawai berkenaan disyaki terlibat dalam kes kehilangan sejumlah wang tunai, yang merupakan sebahagian daripada bukti yang dirampas SPRM.

SPRM merampas wang tunai berkenaan pada 2018 ketika menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Suspek kemudian disiasat polis setelah dia didakwa memiliki dadah dan didapati positif.

Difahamkan, dia juga disiasat atas kesalahan berkaitan senjata api dan disyaki memiliki peluru lebih daripada yang sepatutnya serta memiliki senjata api palsu.

Pada 12 Oktober, Jabatan Peguam Negara dilaporkan menemui kesalahan lain yang memerlukan siasatan lebih lanjut pihak berkuasa dalam kes kehilangan wang tunai berkenaan berdasarkan kertas siasatan yang dikemukakan oleh SPRM.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Maklumat peribadi tiga juta pengguna MySejahtera ‘dicuri’
February 16, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
22 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
22 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok