Maklumat peribadi tiga juta pengguna MySejahtera ‘dicuri’

February 16, 2023 · Isu semasa

“Pentadbir super” dibuka pihak tidak dikenali didapati telah memuat turun maklumat peribadi milik tiga juta orang melalui aplikasi MySejahtera (MySJ) Kementerian Kesihatan (KKM) dua tahun lalu, kata Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dalam siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2021 dikeluarkan hari ini.

Laporan audit itu berkata akaun itu mencetuskan persoalan kerana maklumat peribadi dimuat turun daripada berbilang alamat protokol internet (IP).

Aplikasi MySJ telah dibangunkan pada mulanya untuk mendaftarkan penduduk di Malaysia bagi mendapatkan vaksin Covid-19 pada 2021 untuk membendung penularan Covid-19 yang telah menjejaskan sistem penjagaan kesihatan negara.

Laporan Audit Negara meneliti pengurusan aplikasi itu daripada pendaftaran hingga pemerolehan dan pengeluaran program vaksin Covid-19 kebangsaan dan mendapati bahawa objektif kementerian itu sebahagian besarnya dipenuhi.

Tetapi Jabatan Audit Negara (JAN) juga mendapati kelemahan ketara dalam MySJ yang mendedahkan penggunanya kepada risiko data atau amalan lain yang meragukan.

Laporan audit itu menekankan bahawa terdapat 1.12 juta serangan ke dalam aplikasi MySJ mulai 27 Oktober 2021.

Ia juga menyatakan bahawa 1,657 orang mempunyai lebih daripada satu identiti MySJ yang didaftarkan.

Sebanyak 1,543 lagi individu didapati mempunyai antara dua dan tujuh akaun yang menunjukkan 3,108 identiti MySJ berstatus aktif, identiti yang disahkan dan mereka telah divaksin.

“Pendaftaran dan penamatan pengurusan pentadbiran Aplikasi MySejahtera dan Sistem Pentadbiran Vaksin Malaysia (MyVAS) dilakukan melalui skrip backend kerana pembatalan akaun pengguna hanya boleh dilakukan melaluinya.

“Sebanyak 56 Pentadbir MyVAS telah dicipta, dengan 29 pengguna diberikan kepada pihak ketiga dan 10 pengguna dicipta sebagai ‘pengguna umum’,” kata laporan itu.

JAN menyatakan bahawa rekod vaksinasi menunjukkan bahawa sejumlah 28,735 individu telah divaksin di pusat vaksinasi yang disenaraikan kerajaan.

Audit juga mendapati 12,275 rekod vaksinasi yang telah dimuat naik ke dalam sistem adalah tidak lengkap.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan Bersatu cabar tindakan SPRM beku dua akaun
October 30, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
6 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok