Guru enggan vaksin, KPM beri peluang ubah fikiran

October 4, 2021 · Isu semasa

Seramai 23 guru yang enggan menerima vaksin di negeri Perlis hanya akan dibenarkan mengajar secara dalam talian dalam sesi persekolahan atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula hari ini.

Menurut Astro Awani, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata, daripada jumlah 26 orang bulan lalu, tiga daripadanya telah bersetuju menerima vaksin pada minggu lalu.

Beliau berkata, pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.

Justeru, beliau menyeru kepada guru-guru yang masih enggan mengambil vaksin agar memikirkan kepentingan pendidikan murid-murid dan pelajar mereka.

“Kementerian masih lagi memberi peluang kepada mereka untuk mengubah fikiran, ada guru-guru yang pada mulanya enggan (divaksin) tapi sudahpun menerima nasihat dan kalau boleh kita nak elakkan daripada tindakan-tindakan yang akan diambil (terhadap guru-guru yang enggan divaksin).

“(Justeru) saya menyeru (kepada) guru-guru yang masih enggan untuk mendapatkan vaksin demi kepentingan pendidikan murid-murid khususnya untuk negeri Perlis untuk menerima vaksin supaya kita dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Rozieana berpuas hati dengan kehadiran 50 peratus daripada keseluruhan 8,296 murid dan pelajar pada sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Katanya, kebanyakan ibu bapa masih lagi mengambil langkah tunggu dan lihat, namun beliau percaya kehadiran penuh mampu dicapai tidak lama lagi.

Selain itu, jelasnya, pihak sekolah masih lagi memberi kelonggaran kepada ibu bapa dan pelajar daripada segi kehadiran buat masa ini.

Jumlah keseluruhan pelajar dan murid yang memulakan sesi pembelajaran bersemuka di Perlis adalah 8,296 iaitu pelajar prasekolah sebanyak 2,654, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (3,570), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (1,078) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (39) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI) (956).

Mengulas mengenai proses vaksinasi pelajar sekolah, beliau memberitahu, semua pelajar daripada tingkatan satu hingga lima telah mengikut janji temu yang telah ditempah oleh Jabatan Pendidikan negeri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan.

Tambahnya, proses pemberian vaksin untuk murid darjah enam juga akan dimulakan minggu ini.

Berita berkaitan
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Logo DAP pada cek sumbangan, Pemuda PN bidas tatakelola kerajaan PH-UMNO
August 24, 2023· Politik
Radzi jawab tuduhan Maszlee, nasihat korbankan perangai busuk hati
June 29, 2023· Politik
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok