Swasta patut wajibkan pekerja ambil vaksin Covid-19

October 1, 2021 · Isu semasa

Sektor swasta sewajarnya mencontohi langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan penjawat awam Persekutuan mengambil suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya, kata Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr Kuljit Singh.

Menurutnya, kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya bukan sahaja dapat kembali bekerja tetapi juga memudahkan usaha pemulihan ekonomi dan perkhidmatan kepada rakyat.

Telah terbukti bahawa dengan vaksinasi, keberkesanan dan kemungkinan jangkitan teruk berkaitan Covid-19, telah berkurang di Malaysia dan pada peringkat antarabangsa.

“Sektor swasta harus meniru langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk kakitangan mereka dan jangan menunggu hingga ianya diwajibkan atau ditetapkan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebanyakan hospital swasta di seluruh negara telah mewajibkan kakitangan mereka mengambil vaksin bagi memberi perlindungan, terutama kepada pesakit.

Dr Kuljit menambah bahawa pelbagai dasar membantu mendorong kakitangan untuk diberi vaksin seperti ujian berkala wajib.

“Kami berharap semua penyedia perkhidmatan swasta, terutama yang berurusan dengan orang awam akan mewajibkan kakitangan mereka menerima suntikan vaksin.

“Mereka yang tidak berurusan dengan awam juga perlu divaksinasi bagi menghindar jangkitan dalam kalangan rakan sepejabat.

“Tanggungjawab membendung wabak itu berada di tangan seluruh tenaga kerja baik di sektor awam dan swasta,” katanya.

Mengenai langkah mewajibkan kakitangan kerajaan menerima vaksin, beliau berkata tindakan itu adalah langkah tepat kerana kebanyakannya berurusan dengan orang ramai dan pekerja yang lengkap divaksin adalah pilihan terbaik.

“Pelaksanaan vaksinasi wajib untuk semua kakitangan kerajaan Persekutuan adalah petunjuk yang jelas bahawa pihak berkuasa sangat prihatin terhadap mereka yang menolak vaksinasi.

“Pesakit bukan Covid 19 telah mengalami banyak ketidakselesaan dalam beberapa bulan terakhir ini disebabkan oleh peningkatan pesakit yang dijangkiti virus di hospital swasta dan awam,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok