228 orang mati akibat Covid semalam, Selangor tertinggi

September 26, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat Covid-19 yang direkodkan semalam adalah sebanyak 228 orang dan daripada angka tersebut 139 adalah kes kematian tertunggak, menurut laporan COVIDNOW.

Keseluruhan kes kematian disebabkan oleh Covid-19 di negara ini meningkat kepada 25,159 kes.

Daripada jumlah kes kematian berkenaan, 36 kes adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan kes keseluruhan pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan ialah sejumlah 4,923 kes.

Secara keseluruhannya termasuk penambahan kes tertunggak, Lembah Klang kekal mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 78 kes yang merangkumi Selangor (75) dan Kuala Lumpur (tiga).

Selain itu ialah Johor dengan 56 kes kematian, disusuli Sabah (19), Kelantan (18), Kedah (15), Perak (14), Sarawak (sembilan), Pulau Pinang (lapan), masing-masing empat kes kematian dicatatkan di Melaka dan Terengganu dan Pahang (tiga).

Selain itu masing-masing dua negeri dan wilayah tidak melaporkan sebarang pertambahan kes kematian iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perlis.

Selain itu, mengenai kes yang masih aktif di negara ini, data di laman web berkenaan menunjukkan kini masih terdapat 191,434 kes dengan kebolehjangkitan Covid-19.

Daripada jumlah yang dipaparkan itu, terdapat 161,889 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (18,589) dan hospital (9,886).

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Permohonan pinjaman cagaran KWSP diluluskan MBSB bernilai RM561 juta
May 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok