Kes Zahid Hamidi: Hakim persoalan sumbangan wang tunai bukan cek

September 14, 2021 · Isu semasa

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mempersoalkan kenapa Yayasan Albukhary memberi sumbangan kepada Yayasan Akalbudi dalam bentuk wang tunai sebelum ditukar kepada cek di pengurup wang.

Hakim Mahkamah Tinggi itu bertanya demikian kepada pihak pembelaan dalam kes perbicaraan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dituduh pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, hari ini.

Beliau bertanya kepada pihak pembelaan mengapa sumbangan kepada Yayasan Akalbudi dibuat menggunakan wang tunai yang dimasukkan ke dalam beg dan kemudian diserahkan kepada pengurup wang untuk ditukar kepada cek.

Sequerah: Bukankah lebih senang untuk sumbangan kepada Yayasan Akalbudi dibuat menerusi cek. Kenapa perlu membawa beg yang diisi penuh dengan wang?

Mendengar soalan itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Zahid berkata, perkara itu hanya boleh dijawab oleh Yayasan Albukhary.

Hisyam: Kami ada bertanyakan perkara itu kepada pegawai penyiasat, namun siasatan mengenai perkara berkenaan tidak dilakukan.

Hisyam: Memandangkan tiada siasatan, kita tidak boleh menyatakan ini adalah hasil aktiviti haram. Tidak sehingga siasatan dijalankan atau saksi dipanggil memberi keterangan di hadapan Yang Arif.”

“Sebagai kesimpulan, kami mencabar dan menjemput pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa Yayasan Albukhary tidak pernah memberi sumbangan,” katanya seperti dipetik dari BHOnline.

Terdahulu Hisyam berhujah semua 27 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Zahid perlu digugurkan memandangkan tiada siasatan dijalankan bagi menunjukkan wang berkenaan hasil aktiviti haram.

Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding hujahan di akhir kes pendakwaan bersambung esok.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
17 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
43,508 pengundi baharu didaftarkan, semakan bermula hari ini: SPR
September 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok