Keselamatan negara terkawal, tiada ancaman pengganas: Acryl Sani

September 14, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak dakwaan Jepun mengatakan ada ancaman pengganas akan berlaku di Malaysia dan menasihatkan rakyatnya berwaspada, serta mengelak berada berhampiran tempat-tempat ibadat, sebaliknya keadaan negara adalah terkawal.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan berhubung perkara itu.

Orang ramai, katanya, tidak perlu bimbang atau membuat sebarang spekulasi berhubung kenyataan dikeluarkan Kedutaan Jepun yang memberi amaran supaya rakyatnya di Malaysia mengambil langkah berhati-hati terhadap ancaman pengganas.

“PDRM mengambil maklum berhubung laporan berita bahawa pihak Kedutaan Jepun di Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah-rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara.

“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

“Pemantauan juga akan ditingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, Jepun memberi amaran kepada rakyatnya di beberapa negara di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, mengenai kemungkinan serangan pengganas, terutama di rumah ibadat.

Kementerian Luar Jepun juga menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata polis sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian negara.

Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur menganggarkan ketika ini terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok