Terengganu lepasi kadar 50 peratus individu dewasa lengkap divaksin

September 2, 2021 · Isu semasa

Tiga hari setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan kadar pemberian vaksin di enam negeri dipertingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan ini, Terengganu menjadi negeri pertama melepasi peratusan sasaran itu.

Pada 29 Ogos lalu, Perdana Menteri mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), memberi tumpuan kepada enam negeri yang mencatatkan kadar pemberian vaksin di bawah 50 peratus.

Negeri terbabit ialah Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah.

Bagaimanapun, data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikeluarkan hari ini menunjukkan kadar pemberian vaksin di Terengganu pada 1 September sudah mencapai 50.8 peratus atau 410,956 individu daripada populasi dewasanya telah melengkapkan dos vaksinasi masing-masing, berbanding 49.1 peratus yang dicatatkan pada 31 Ogos lalu.

Peratusan baharu ini dicapai setelah 14,377 individu di negeri itu melengkapkan suntikan dos masing-masing semalam, menurut data JKJAV.

Data itu juga menunjukkan 83.8 peratus atau 677,624 individu daripada populasi dewasa negeri itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu.

Setakat in, pemberian vaksin di lima negeri masih di bawah 50 peratus di mana Johor merekodkan 48.8 peratus; Perak (48.4%); Kedah (47.1%); Kelantan (46.7%); dan Sabah (40.8%).

Mengikut data JKJAV, sehingga kini hampir 35.2 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh negara, dengan Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 12,644,276 dos.

Semalam sahaja sebanyak 398,134 dos vaksin diberikan membabitkan 188,780 penerima dos pertama dan 209,354 lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok