Kerajaan kaji skim pencen pro-rata tentera bersara awal: PM

August 28, 2021 · Isu semasa

Satu kajian sedang dijalankan bagi menawarkan skim pencen pro-rata kepada semua pegawai dan anggota tentera yang bersara awal tanpa mendapat pencen, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya pada masa ini, kebajikan bekas pegawai dan anggota ATM diuruskan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEVATM), dan melalui skim sebelum ini, jika mereka berhenti sebelum cukup tempoh ditetapkan, mereka tidak menerima pencen.

“Kami berharap dapat menawarkan skema yang sesuai untuk mereka yang bersara lebih awal. Mungkin setelah kertas kerja selesai, menteri baru (Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein) akan membawa perkara ini untuk dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Latihan Angkatan Bersenjata Para Predator di Kampung Batu Boh, Bera, hari ini.

April lalu, Kementerian Pertahanan mengemukakan cadangan untuk mewajibkan semua anggota angkatan bersenjata berkhidmat selama 21 tahun untuk layak mendapat pencen. Pada masa ini, anggota angkatan bersenjata mempunyai pilihan untuk bersara dengan perkhidmatan 12, 15 atau 18 tahun tanpa mendapat pencen.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata latihan berskala besar selama 14 hari di sini membabitkan 1,900 anggota dan pegawai serta 150 aset termasuk trak dan helikopter.

Latihan Para Predators Siri 1/2021 dilakukan oleh tentera melalui unit elit Briged Para ke-10 yang berpusat di Terendak, Melaka.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, bukan perkara baru tidak menamakan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet, malah perkara sama sudah dilakukan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mula membentuk Kabinet tahun lalu.

“Muhyiddin tidak menamakan Timbalan Perdana Menteri pada mulanya. Timbalan Perdana Menteri dilantik kemudian. Saya juga tidak mengumumkan semalam,” katanya.

Ketika ditanya adakah seseorang akan dilantik untuk menerajui jawatan itu nanti, Ismail Sabri memberikan jawapan ringkas dengan mengatakan: ” Tak tahu lagi”.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok