Bekas Exco Johor terlepas hukuman mahu fokus kepada keluarga

August 7, 2022 · Uncategorized

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Endau Datuk Abdul Latif Bandi menzahirkan rasa syukur di atas keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang hari ini, telah melepas dan membebaskannya dari pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta, lima tahun lepas.

Beliau yang ditemui di luar mahkamah berkata beliau kini mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga, lapor Bernama.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada keluarga, barisan peguam dan rakan-rakan yang sentiasa bersama saya. Selepas ini, saya akan lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Terdahulu, Abdul Latif, 56, bersama anaknya, Ahmad Fauzan Hatim, 30, melakukan sujud syukur di dalam kandang tertuduh selepas keputusan diumumkan Hakim Kamarudin Kamsun.

Abdul Latif yang memakai baju kemeja batik, kemudian turut dilihat memeluk isteri Datin Nor Karmila Md Nor di luar bilik penghakiman, yang kedua-duanya kelihatan sebak bercampur gembira dengan keputusan itu.

Turut dibebas dan dilepaskan adalah perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub yang berusia 49 tahun.

Kamaruddin membuat keputusan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin.

Abdul Latif menghadapi 33 pertuduhan rasuah dan 13 pertuduhan penggubahan wang haram, manakala anaknya Ahmad Fauzan Hatim, menghadapi empat pertuduhan melibatkan penggubahan wang haram, manakala Amir Shariffudin, menghadapi 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan penggubahan wang haram.

Pada 21 April, 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah melepas dan membebaskan bekas Exco Johor itu, daripada 37 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah lebih RM30 juta, pada 2017.

Berita berkaitan
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023· Isu semasa
Ahli perniagaan bebas 2 tuduhan menipu beli milikan pegangan pesawat, helikopter
June 27, 2023· Isu semasa
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
March 31, 2023· Isu semasa
Rakyat Singapura dipersalahkan kerana kesesakan di e-gate Johor
March 2, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok