Ahli perniagaan bebas 2 tuduhan menipu beli milikan pegangan pesawat, helikopter

June 27, 2023 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dilepas dan dibebaskan atas dua tuduhan menipu pembelian milikan pegangan pesawat dan helikopter lebih RM7 juta, hari ini, lapor BH.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Ismail Hassan, 59.

Kamarudin berkata, mahkamah mendapati tidak wujud elemen pernyataan palsu dan niat tidak jujur oleh Ismail dalam pertuduhan pertama.

“Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh tidak pernah berjanji untuk membeli pesawat itu dan mengeluarkan dua cek.

“Pembelian yang dikatakan itu adalah daripada kehendak pengadu sendiri mengikut rantaian perbualan WhatApp antara tertuduh dan pengadu yang mana pengadu ingin menjual pegangannya atas pesawat itu serta desakan pengadu ke atas tertuduh.

“Oleh itu, mahkamah melihat tiada perbuatan pemerdayaan atau pernyataan tidak jujur daripada tertuduh,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan manakala Ismail diwakili peguam, Datuk Zainal Omar dan Ahmad Fadli Salleh.

Mengikut tuduhan pertama, Ismail didakwa menipu seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun dengan memperdayakannya bahawa beliau hendak membeli milikan pegangan pesawat Cessna 650 Citation III (N95AZ) dan helikopter jenis EC120B (N120TX) dengan harga RM7,092,995.

Tertuduh dikatakan menyerahkan dua cek bernilai RM1 juta dan RM6,092,995 kepada mangsa sedangkan beliau mengetahui kedua-duanya tidak boleh ditunaikan.

Kesalahan di sebuah firma guaman di Solaris Dutamas, Sentul di sini pada 21 Februari 2019 mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama.

Bagi pertuduhan kedua, Ismail sebagai seorang muflis yang belum dilepaskan memasuki satu perjanjian pinjaman bertarikh 29 November 2017 dengan lelaki sama bagi tujuan pembelian pesawat dan helikopter sama, serta penubuhan sebuah syarikat menjalankan perniagaan penyewaan pesawat di negara ini.

Kesalahan di bawah Seksyen 109(1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 109(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berhubung pertuduhan kedua, Kamarudin berkata berdasarkan keterangan saksi, mahkamah mendapati ada surat dari Jabatan Insolvensi dikeluarkan kepada tertuduh sejak 6 September 2016.

“Surat itu membenarkan tertuduh menjalankan tugas sebagai perunding syarikat tanpa apa-apa syarat sekatan lain, namun tertuduh tidak boleh menjadi penjamin bagi pinjaman kepada syarikat itu atau mana-mana pihak,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
5 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
5 jam lalu· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
5 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
6 jam lalu · Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
7 jam lalu · Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023 · Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok