Rakyat Singapura dipersalahkan kerana kesesakan di e-gate Johor

March 2, 2023 · Isu semasa

Warga Singapura terus menghadapi kesesakan waktu puncak dan masa menunggu yang lama di dua pusat pemeriksaan darat Malaysia, enam minggu selepas pemegang e-pasport dibenarkan menggunakan pintu elektronik (e-gate).

Pada masa sama, kesesakan itu juga memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan berkenaan.

Sebelum ini, e-gate terhad kepada pemegang pasport Malaysia,namun diperluaskan kepada pengguna Singapura mulai 20 Januari lalu untuk mengurangkan kesesakan di kedua-dua pusat pemeriksaan di Bangunan Sultan Iskandar dan Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, yang masing-masing bersambung ke Woodlands dan Tuas.

Kesesakan itu kerana rakyat Singapura tidak mengetahui langkah yang perlu mereka ambil sebelum menggunakan e-gate, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng.

Rakyat Singapura yang ingin menggunakan e-gate memerlukan e-pasport dengan tempoh sah selama tiga bulan dan menyerahkan Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) dalam talian tiga hari sebelum perjalanan.

Pengguna kali pertama juga dikehendaki mengesahkan data biometrik mereka di kaunter imigresen.

Chen berkata ramai rakyat Singapura cuba menggunakan e-gate tanpa memohon terlebih dahulu untuk e-pasport atau MDAC, menyebabkan kesesakan dan barisan panjang apabila mereka berulang kali cuba mendapatkan pelepasan, tetapi gagal.

Beliau menambah bahawa ramai warga Malaysia telah datang kepadanya dengan aduan mengenai masa menunggu yang lama.

“Mereka memberitahu saya: ‘Ia tidak sesak sebelum ini, tetapi ia benar-benar sesak sekarang’.”

Berita berkaitan
Menteri pertahan keputusan bawa masuk pakar perumahan dari Singapura
February 23, 2023· Isu semasa
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023· Isu semasa
Amanah Kedah sokong pakar Singapura dibawa masuk KPKT, pertahan menteri DAP
January 26, 2023· Politik
Dah pupus ke pakar tempatan sampai nak import pakar Singapura, kata Faiz
January 23, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
19 minit lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
47 minit lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
1 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
23 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok