Zahid tak mahu lepas jawatan

April 17, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO sebaliknya akan terus memimpin parti itu.

Sambil menyifatkan jawatan Presiden UMNO itu bukan nikmat hidup baginya, beliau berkata ia adalah amanah yang akan digalasnya demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Memelihara kemaslahatan parti, jutaan ahlinya dan seluruh rakyat tanpa prejudis.

“Insya-Allah Presiden UMNO akan tetap memimpin dengan penuh tawaduk dan kesabaran,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kanan UMNO mendesak Zahid berundur atau mengadakan pemilihan parti pada Jun ini. Tempoh memegang jawatan yang hakiki bagi UMNO tamat pada 30 Jun ini.

Zahid sebelum ini menjadi perhatian akar umbi UMNO, susulan tular audio mirip suara beliau sedang berbual mesra mengenai strategi politik dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam audio itu, Anwar dikatakan menghubungi dan memuji ucapan dasar Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 27 dan 28 Mac lalu.

Perbualan itu menyebabkan beberapa pemimpin kanan UMNO dan akar umbi mula hilang kepercayaan terhadap beliau yang dianggap sedang mengadakan pakatan sulit dengan PKR, apatah lagi selepas Zahid dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Anwar untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Penularan video itu kemudian dikaitkan pula dengan penggantungan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz selama enam tahun kerana dituduh memfitnah Zahid.

Tun Faisal yang menafikan tuduhan itu mencabar Zahid bersumpah berhubung dua perkara iaitu klip audio berkenaan dan surat sokongan kepada Anwar. Bagaimanapun Zahid tidak menyahut cabaran itu.

11 orang boleh sahkan kesahihan surat Zahid, Najib

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
9 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok