11 orang boleh sahkan kesahihan surat Zahid, Najib

April 16, 2021 · Politik

Terdapat 11 pihak yang boleh mengesahkan kesahihan surat ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, pihak berkenaan termasuk Istana Negara yang menerima surat sokongan itu.

Pihak lain ialah:

1. Pihak yang mendedahkan kewujudan surat itu iaitu Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa;
2. Pihak yang menandatangani surat itu iaitu Zahid sendiri dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak;
3. Pihak yang menerima sokongan iaitu Anwar;
4. Pihak yang turut mengetahui kewujudan surat berkenaan iaitu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin;
5. Pihak yang ditunjukkan surat itu oleh Perdana Menteri iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan
6. Lima menteri UMNO yang ditunjukkan surat itu oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Seri Noraini Ahmad.

Tun Faisal berkata, Lembaga Disiplin sepatutnya memastikan kesahihan surat sokongan ini terlebih dahulu, sebelum mensabitkan beliau dengan tuduhan memfitnah presiden UMNO.

“Saya telah didakwa dan dihukum oleh Lembaga Disiplin UMNO atas pertuduhan bahawa saya telah memfitnah presiden UMNO berkaitan surat sokongan kepada Anwar. Saya juga telah didakwa dan dihukum kerana kononnya mengkritik presiden secara terbuka disebabkan surat sokongan ini.

“Sebab itu bagi saya penting inisiatif bersumpah hari ini. Kalau kata dia (Zahid) bersumpah dan kata benda itu tak betul, maka selesailah. Saya terimalah hukuman. Tapi bila beliau tak bersumpah maka sebenarnya beban untuk pembuktian adalah kepada Lembaga Disiplin.

“Dalam hujah pembelaan saya, saya telah membuktikan dengan fakta dan dengan nama saksi-saksi yang boleh disoal siasat oleh Lembaga Disiplin,” katanya pada sidang media di Surau Ar-Rahman Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tun Faisal berada di surau berkenaan kerana menunggu kemungkinan Zahid hadir menyahut cabaran beliau untuk sama-sama bersumpah berkaitan dua perkara iaitu surat sokongan kepada Anwar dan klip audio perbualan Zahid dan Anwar.

Bagaimanapun, Zahid tidak muncul.

Beliau berkata, inisiatif bersumpah hari ini penting kerana surat sokongan berkenaan menunjukkan kerjasama senyap-senyap antara Zahid dan Anwar tanpa pengetahuan ahli akar umbi adalah punca kekalutan dan perpecahan UMNO sekarang.

“Ini juga punca segala permulaan kerosakan agenda penyatuan ummah dan hubungan kerjasama di antara parti-parti di dalam Perikatan Nasional.

“Dan ini juga adalah punca serangan dan fitnah terhadap menteri-menteri UMNO di dalam kerajaan dan juga punca pendakwaan berpilih terhadap saya dan hukuman gantung 6 tahun yang sangat zalim dan sangat luar biasa,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
7 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
13 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
13 jam lalu· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
1 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
3 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
7 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok