Zahid nafi ADUN BN di Pahang akan sertai PN

October 5, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang daripada Barisan Nasional (BN) akan menyertai Perikatan Nasional (PN) jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Sabtu ini.

Pengerusi BN itu berkata sebaliknya beliau mendapat maklumat bahawa terdapat beberapa ADUN daripada PN yang dijangka menyokong kerajaan gabungan BN-Pakatan Harapan (BN-PH) di Pahang.

“Dakwaan empat ADUN BN akan sokong PN adalah propaganda mereka tapi kita ada maklumat dalaman yang sebenarnya mereka akan bersama-sama kami,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah di Felda Chemomoi baru-baru ini yang mendakwa ada kemungkinan ADUN BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada PRK DUN Pelangai.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, berkata komposisi yang membentuk Kerajaan Negeri Pahang ketika ini terdiri daripada 16 ADUN BN dan lapan ADUN PH manakala PN mempunyai 17 ADUN.

“Insya-Allah, kita akan kekalkan Pelangai. Jumlah ini adalah lebih daripada mencukupi bagi membentuk kerajaan,” katanya.

Pahang adalah antara negeri yang belum menguatkuasakan undang-undang antilompat parti terhadap ADUN sejak ia dilaksanakan di peringkat Persekutuan pada 5 Okt 2022.

PRK bagi DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

PRK pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok