Mahu ambil empat ADUN, Anwar gadai prinsip terima ‘lompat parti’ pula?

October 19, 2021 · Politik

Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri kini sah berada disebelah blok pembangkang apabila mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pertemuan semalam tidak lagi diadakan secara tersembunyi, malah empat bekas ADUN tersebut yang diketuai bekas Datuk Seri Idris Haron secara terbuka meminta supaya diambil untuk diletak calon mewakili PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Anwar sejurus pertemuan tersebut enggan memberi sebarang kenyataan media dan beredar secara tergesa-gesa daripada hotel diadakan pertemuan semalam.

Tinggal Idris yang terpinga-pinga terpaksa menjawab soalan wartawan berhubung pertemuan dengan Anwar, mengapa situasi ini berlaku walhal sepatutnya Ketua Pembangkang itu yang mengulas berhubung permintaan empat ADUN tersebut.

Atau adakah Anwar kini sudah tidak mahu lagi melayani rayuan dan permintaan empat ADUN tersebut walaupun pada awalnya merancang bersama untuk menjatuhkan kerajaan negeri dipimpin Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali?

Namun, pertemuan semalam Anwar dengan empat ADUN tersebut dan juga sebelum ini menerusi satu gambar tular mendedahkan dalang sebenar yang menyaksikan negara sekali lagi berdepan kemelut politik.

Jika diperingkat pusat Anwar bersekongkol dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kini di negeri Melaka muncul anak murid baharu yang juga sanggup menjadi pak turut kepadanya.

Bagaimanapun, kali ini giliran Anwar pula membuli dua ADUN UMNO sama seperti beliau dibuli oleh anak muridnya, Zahid yang menipu konon akan memberi sokongan untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Idris secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk bertanding atas tiket PH, namun tidak pasti sama ada langkah tersebut akan direstui oleh pimpinan PH Melaka dibawah bekas KM Adly Zahari.

Nampaknya urusan politik di Melaka kini sedang dikuasai oleh Anwar.

Sekiranya Anwar sedia menerima empat bekas ADUN ini yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka sebelum ini, ia secara tidak langsung menunjukkan beliau sudah menggadaikan prinsipnya yang menolak mana-mana wakil rakyat ‘melompat parti’.

Jika di Dewan Rakyat blok pembangkang PH paling lantang mendesak supaya undang-undang ‘lompat parti’ diperkenalkan, namun lain ceritanya pula di Melaka apabila menerima empat bekas ADUN yang melompat parti untuk duduk bersama.

Jadi, adakah Anwar dan blok pembangkang kini sudah menukar pendirian mereka berhubung isu lompat parti apabila sanggup menerima pula empat bekas ADUN tersebut?

Mungkin disebabkan itu Anwar cuba mengelak daripada bercakap dengan wartawan semalam, bimbang akan dikecam sekiranya terpaksa membuat keputusan untuk menerima pula individu yang lompat parti masuk bersama blok pembangkang.

Pendirian yang sentiasa berubah-ubah ini menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, bagaimana pembangkang kini boleh dikuasai oleh seorang ketua yang cakap tidak serupa bikin. Atau adakah pembangkang juga sebenarnya tidak ada perbezaan dengan UMNO yang hanya mahu menyusahkan rakyat sahaja?

Untuk rekod, krisis di Melaka berlaku akibat perebutan kuasa sesama pemimpin UMNO di negeri tersebut, namun tidak dinafikan dua lagi ADUN tersebut yang menarik sokongan adalah wakil parti yang lain.

Lebih membingungkan, bukankah kerajaan sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pembangkang, malah Perdana Menteri baharu juga sudah dilantik tetapi kemelut politik masih tidak tamat.

Satu demi satu drama politik negara berlaku, tidak cukup dengan itu beberapa tokoh politik yang terpalit dengan kes mahkamah juga seakan-akan mendapat keistimewaan.

Jadi, Anwar dan pembangkang perlu membuat ketetapan dan tidak dilihat berdolak-dalik berhubung isu ‘lompat parti’ kerana rakyat sedang menilai, atau adakah mereka juga sebenarnya keberatan jika undang-undang ‘lompat parti’ diperkenalkan kerana ia tidak akan menguntungkan mereka?

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
11 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok