Zahid memang rancang jadi PM, nak lepas pertuduhan kes jenayah: Zahidi

November 4, 2022 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang merancang untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, walaupun mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang digugurkan BN daripada mengekalkan kerusi Parlimen Padang Besar, mendakwa Zahid telah mengambil kesempatan daripada proses pemilihan calon BN untuk mengukuhkan cengkamannya terhadap parti itu.

“Kita boleh lihat Zahid sedang mengintai jawatan Perdana Menteri, tetapi jangan lupa bahawa dia mempunyai banyak kes mahkamah, dan ini akan menyukarkan lagi UMNO untuk menang (PRU-15).

“Sepatutnya pemilihan calon dilakukan oleh Top 5 UMNO, tetapi secara peribadi saya fikir ia dilakukan secara unilateral oleh presiden sendiri, walaupun ada dalam kalangan pemimpin tertinggi parti tidak bersetuju dengan senarai itu,” katanya kepada media pada majlis perjumpaan bekas Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim di Arau, hari ini.

Zahidi dan Shahidan adalah antara beberapa ‘warlord’ UMNO yang digugurkan oleh BN.

Sebaliknya, BN telah memilih Ketua Puteri UMNO Zahida Zarik Khan untuk menggantikan Zahidi bagi kerusi Parlimen Padang Besar.

Zahidi juga mendakwa Zahid menggunakan PRU-15 untuk menarik sokongan bagi membebaskan dirinya daripada kes jenayah sambil menjejaskan UMNO.

“Dalam kes ini, mereka menggunakan proses pemilihan calon Ahli Parlimen untuk membebaskan seseorang daripada kes mahkamah, tetapi ini telah meletakkan ahli parti dalam dilema.

“Saya percaya akar umbi UMNO di Padang Besar berpecah antara menyokong parti dan mempertahankan presiden UMNO,” katanya menurut NST.

Tambahnya, pemilihan Zahida sebagai calon BN juga bertentangan dengan akar umbi yang lebih mengutamakan calon tempatan berbanding orang luar.

Zahidi juga mengumumkan akan mempertahankan kerusi Padang Besar pada PRU-15, tetapi tidak menyatakan sama ada beliau akan bertanding sebagai calon Bebas atau akan berbuat demikian di bawah tiket parti lain.

Bagaimanapun, spekulasi berleluasa bahawa beliau akan bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok