Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini

September 28, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera iaitu sebelum hujung tahun ini yang masih berbaki kira-kira tiga bulan lagi, walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan musim tengkujuh akan tiba.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini sanggup meredah banjir untuk berkempen jika PRU-15 diadakan pada musim hujan lebat, menjadikan penafian MetMalaysia bahawa banjir besar akan berlaku pada hujung November, sebagai alasannya.

“Kemungkinan banjir besar tiada siapa dapat meramalkan dengan tepat, malah Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini juga menafikan pasti banjir besar pada hujung November 2022.

“Sekali lagi saya menegaskan kemungkinan banjir besar hujung tahun lebih menuntut PRU-15 diadakan sekarang agar kebajikan rakyat diuruskan oleh sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.

“Kita tidak mahu insiden percanggahan dalam urusan membantu mangsa banjir berulang akibat daripada sebahagian pimpinan kerajaan parti lawan terlalu merancang agenda politik,” katanya dalam kenyataan hari ini (28 September 2022).

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Pada 2 September 2022, BH memetik Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata jabatan itu meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Tetapi, pada 15 September Muhammad Helmi menafikan pula dakwaan berlaku banjir besar pada hujung November tahun ini.

Kata beliau pihaknya tidak mempunyai kaedah tepat untuk meramalkan banjir lebih awal seperti yang hangat diperkatakan.

“Ramalan tersebut hanya dapat diketahui tiga hari sebelum banjir berlaku. Untuk ramalan dua bulan lebih awal banjir besar berlaku (November) memang tak ada kaedah tepat.

“Tidak dinafikan kemungkinan tu ada, cuma di mana kawasan paling terjejas atau bila, kita tak tahu,” kata Muhammad Helmi.

Bagaimanapun, jika Parlimen dibubarkan awal Oktober depan, bermakna PRU-15 akan diadakan sama ada pada hujung Oktober, November atau awal Disember, iaitu ketika musim tengkujuh.

Ini kerana, menurut Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan, PRU wajib dijalankan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen dan sidang Dewan Rakyat yang seterusnya wajib dilaksanakan dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen tersebut.

Berdasarkan kepada pengalaman dua pilihan raya yang lalu, PRU akan berlangsung dalam tempoh sebulan selepas Parlimen dibubarkan.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok