Walaupun SPR umum PRN, PH Melaka tetap cabar pembubaran DUN

October 18, 2021 · Politik

Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini tidak akan menghentikan Pakatan Harapan (PH) daripada mengambil tindakan mencabar keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di mahkamah.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata tindakan untuk mencabar keputusan pembubaran DUN akan diteruskan atas alasan tidak berpuas hati dengan keabsahan pembentukan kerajaan sementara di Melaka.

“Hari ini pewartaan pembubaran DUN dijangka dikeluarkan dan sebaik saja ia diperoleh, pasukan peguam kami akan segera memfailkan kes di Mahkamah Tinggi negeri pada minggu ini juga.

“Jika pewartaan itu kami peroleh minggu lalu, sudah pasti usaha memfailkan kes dibuat minggu lalu juga,” katanya lapor sebuah portal.

SPR hari ini mengumumkan penamaan calon PRN Melaka pada 8 November manakala undi awal pada 16 November dan hari mengundi 20 November.

Jelasnya lagi, PH Melaka tetap dengan pendirian langkah mengadakan PRN hanya akan menyebabkan kewangan semua parti yang terbabit dalam kempen pilihan raya dibazirkan begitu saja sedangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya dalam lingkungan setahun setengah saja lagi.

Katanya, sepatutnya DUN tidak perlu dibubarkan dan kuasa pentadbiran negeri diserahkan kepada pemimpin PH bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa tetapi dengan dasar berbeza berbanding Barisan Nasional (BN).

Namun, Adly berkata mereka akan masih tetap akan membuat persiapan untuk menghadapi PRN yang bakal diadakan.

“Bagaimanapun, PH tetap membuat pelbagai persiapan menjelang PRN berdasarkan pelbagai kemungkinan menjelang tarikh berkenaan.

“Sambil memfailkan kes, kami tetap membuat persiapan dari aspek perbincangan dengan rakan dalam PH mengenai pembahagian kerusi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak PH Melaka menimbang untuk meletak semula calon empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan sebelum ini sehingga jatuh kerajaan negeri itu.

“Kami juga mengambil kira pandangan pelbagai pihak mengenai parti yang bakal disertai empat ADUN yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menyebabkan BN tumbang pada 4 Oktober lalu,” katanya.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
12 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok