UMNO Subang rayu ihsan Zahid ‘lepaskan’ Arman Azha

February 22, 2023 · Politik

UMNO Bahagian Subang hari ini (22 Februari 2023) merayu kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap ketua mereka, Datuk Arman Azha Abu Hanifah, yang didakwa melanggar tataetika pemilihan.

Ketua Penerangannya, Datuk Mohamad Razman Rahim berkata adalah terlalu awal bagi pihak tertentu membuat laporan terhadap calon kerana pemilihan parti belum bermula secara rasmi, malah nombor rasmi calon juga belum diperoleh.

Menurutnya laporan pihak tertentu terhadap Arman Azha dilihat sebagai usaha untuk menyekat atau mematikan langkah lawan, selain bertentangan dengan demokrasi.

“DS Presiden yang mulia, sebagai sebuah bahagian yang tidak pernah terpalit dengan isu kesetiaan terhadap parti dan institusi presiden, kami dengan rendah hati merayu agar berilah kesempatan kepada ketua bahagian kami diberi peluang bagi meneruskan khidmat bakti beliau di UMNO Bahagian Subang seterusnya diberi peluang menawarkan diri memimpin Pemuda UMNO.

“Sebagai salah seorang pemimpin muda yang berpengalaman serta berkarisma dan mempunyai hala tuju yang jelas mengenai perjuangan parti, kami mengharapkan sedikit ihsan dari YAB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO yang bijaksana agar pemimpin pelapis sebegini diberi ruang dan tunjuk ajar,” katanya.

Beliau beliau berkata demikian pada sidang media perhimpunan solidariti kepada Arman Azha yang dikatakan akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO esok, atas dakwaan salah laku pemilihan dan politik wang.

Media sebelum ini melaporkan Arman Azha yang menawarkan diri untuk bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO mengesahkan dipanggil lembaga disiplin.

Arman Azha yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan dilihat rapat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, bakal berdepan tindakan gantung atau dipecat.

Sebelum ini, UMNO menggantung keahlian selama enam tahun terhadap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan Sufian.

Umno turut memecat bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Difahamkan, Armand dikaitkan dengan kesalahan melanggar tatatetika kempen bagi pemilihan parti yang akan berlangsung Mac depan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok