UMNO lantik Tok Mat Hasan runding agihan kerusi dengan PAS

April 17, 2021 · Politik

UMNO dilihat mengetepikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada menjadi wakil untuk berunding pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan PAS.

Sebaliknya, parti itu melantik Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali dengan ‘Tok Mat Hasan’ sebagai perunding yang mewakili UMNO untuk tujuan itu.

Memetik kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pasir Gudang hari ini, beliau mempertikaikan ulasan PAS bahawa UMNO perlu menyelesaikan masalah dalaman sebelum rundingan agihan kerusi dibuat.

“Soal nak runding dengan siapa pun UMNO memang tiada masalah… kita sudah bersetuju lantik Datuk Seri Mohamad Hasan untuk lakukan perundingan pembahagian kerusi.

“Jadi tiada masalahnya. Tidak ada siapa cakap tak setuju Datuk Seri Mohamad Hasan (berunding) pembahagian kerusi. Saya sebenarnya tak faham apa maksudnya, apa yang dia nak tunggu dan apa masalahnya,” katanya mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semalam, Ahli Parlimen Marang itu berkata, UMNO perlu mempunyai hala tuju jelas dan menyelesaikan kemelut dalamannya terlebih dahulu sebelum rundingan mengenai pembahagian kerusi PRU15 diteruskan.

“Dengan UMNO tangguh bukan hentikan terus… tangguh sebab UMNO tak selesai lagi masalah dia… orang pun dia tukar-tukar… lepas orang ni orang ni pula… jadi tak tetap… jadi kita tunggu… kita ambil peluang (berunding) dengan Bersatu dulu,” kata Hadi.

Zahid yang sedang berdepan 47 pertuduhan di mahkamah sebelum ini dikritik hebat oleh pemimpin kanan dan akar umbi UMNO selepas klip audio mirip suara beliau sedang berbual menerusi telefon dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tular.

Dalam perbualan itu kedua-duanya bertukar fikiran berkenaan strategi politik ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akhir Mac lalu, menimbulkan kebimbangan akar umbi kemungkinan wujud kerjasama sulit dengan PKR.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok