UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni

August 9, 2022 · Politik

UMNO Johor tidak gentar dengan pengumuman lantikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) PKR, Rafizi Ramli Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu baru-baru ini.

Malah, Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad mengalu-alukan kehadiran Rafizi dan sedia berentap tanpa gentar untuk berdepan pemimpin nombor dua PKR itu pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

“Bukan sahaja Rafizi, malah mana-mana pemimpin pembangkang yang ingin menguji kekuatan mereka, kami sedia menyambutnya dan tidak gentar dengan kehadiran mereka,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

PKR baru-baru ini mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai Pengerusi MPN bagi Wilayah Persekutuan dan Johor.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, Rafizi juga boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen di Johor.

“Tentunya ada tujuan dan matlamat mengapa PKR Pusat meletakkan Rafizi sebagai Pengerusi MPN Johor, mungkin juga beliau akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen kelak,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor menjangkakan ADUN Perling, Liew Chin Tong turut bertanding di kerusi Parlimen pada PRU-15 bagi menguji pengaruhnya.

Malah, katanya, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru-baru ini menarik balik hasrat untuk bersara dijangka mempertahan kerusi Parlimen Pagoh.

“Ini menunjukkan minat mereka (pemimpin pembangkang) sentiasa berada pada tahap yang tinggi bagi menawan negeri Johor setelah gagal melakukannya pada PRN Johor pada Mac lalu,” jelasnya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok