UMNO, DAP mula ‘beriman’ kepada ‘Malu Apa Bossku’ ilham Najib

December 1, 2022 · Politik

Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming menyifatkan satu undi yang diberikan kepada Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ibarat satu undi untuk Barisan Nasional (BN).

Begitu juga, Pakatan Harapan (PH) ketika kempen PRU-15 di Sungai Buloh dengan mengatakan undi BN sama dengan memberi undi untuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkuasa.

Tuduh-menuduh ini juga berlaku apabila pemimpin UMNO pula mendakwa mengundi Perikatan Nasional sama seperti memberi undi kepada PH, kerana kononnya kedua-dua parti itu akan bekerjasama selepas PRU-15.

Namun, yang terserlah kebenarannya selepas PRU-15, rupa-rupanya memberi undi kepada BN sama juga dengan memberi satu undi kepada PH, termasuk DAP, untuk berkuasa semula ke atas ‘Tanah Melayu’ – nama negara sebelum Malaysia merdeka.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata penyokong PH dan BN sebelum ini menyangka kedua-dua parti itu membawa agenda yang berbeza.

Namun, kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu apa yang difahami pengundi ketika kempen PRU-15 sehingga memberi undi kepada kedua-dua gabungan itu tidak berlaku.

“Rupa-rupanya apa yang berlaku ialah undi PH dapat BN, dan undi BN dapat PH. Habis seluruh negara ditipu oleh PH dan BN yang sanggup menjual maruah diri demi jawatan dan harta,” katanya malam tadi.

Sebelum ini BN secara jelas menolak PH, yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dianggotai DAP, malah ia dilaungkan ke seluruh dunia bahawa UMNO berpegang kepada prinsip ‘No Anwar No DAP’.

Apa lagi, pemimpin dan akar umbi UMNO pun dengan bangga dan megahnya memberitahu rakyat bahawa parti merekalah yang kuat serta bersungguh-sungguh menentang Anwar dan DAP, lebih daripada parti-parti Melayu-Islam lain.

Apa yang berlaku selepas PRU-15? Pemimpin dan akar umbi UMNO menjilat ‘kotoran’ mereka sendiri, apabila kini prinsip ‘No Anwar No DAP’ berubah menjadi ‘Ok Anwar Ok DAP’, kerana kuasa dan jawatan, tanpa mempedulikan pengundi.

Zahid, setelah bekerjasama dnegan DAP, memberi alasan prinsip ‘No Anwar No DAP’ itu cuma strategi pilihan raya sahaja dan tidak terpakai selepas PRU. Kenyataan Zahid itu sekali gus menunjukkan dia membuat keputusan sendiri, bukan oleh perhimpunan agung atau Majlis Tertinggi (MT).

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata BN, khususnya UMNO, telah merosakkan kepercayaan rakyat yang memberi undi kepada mereka.

“Mereka merosakkan kepercayaan rakyat, habis semua orang politik terpalit. Sedangkan tidak semua orang politik begitu.

“Saya harap rakyat sedar bahawa tidak semua orang politik itu sama. Yang sama hanyalah PH dan BN. Jangan tuduh kami sama seperti PH dan BN,” katanya yang bimbang perkembangan politik negara sekarang menyebabkan rakyat makin muak dan tidak mempercayai lagi orang politik.

Menurutnya sentimen seperti itu menjadi lebih meluas apabila rakyat melihat kerakusan orang politik mengejar kuasa, seperti yang ditunjukkan PH, BN dan UMNO.

“Kami dalam PN tegas berpegang dengan prinsip. Kami ada agenda perjuangan jelas dan kami mahu kerajaan yang bersih demi menjaga kebajikan rakyat. Kami tak sanggup menggadai prinsip semata-mata untuk mengejar jawatan dan harta.

“Saya nak tanya penyokong BN, UMNO dan PH. Apa perasaan saudara saudari dengan pemimpin PH dan BN hari ini?

“Ada rasa malu dengan sikap pemimpin anda, atau semuanya sudah beriman dengan konsep ‘malu apa bossku?’,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok