Tun Faisal sekali lagi ajak Zahid bersumpah

April 12, 2021 · Politik

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz percaya UMNO pusat menyebarkan tulisan yang memfitnah beliau sebagai dalang penciptaan dan penyebaran audio ‘Anak Murid – Cikgu’.

Ini kerana, katanya, UMNO pusat mempunyai akses terhadap nombor ketua-ketua UMNO bahagian dan sayap bahagian di seluruh negara.

“Tulisan yang memfitnah saya sebagai dalang ‘penciptaan’ dan penyebaran audio Anak Murid – Cikgu ini telah disebarkan menggunakan WhatsApp kepada Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Sayap Bahagian oleh pihak yang mempunyai nombor-nombor telefon mereka…

“…besar kemungkinan oleh pihak UMNO Pusat sendiri yang mempunyai akses terhadap nombor-nombor Ketua-ketua UMNO Bahagian dan Sayap-sayap Bahagian di seluruh negara,” katanya.

Anak murid dan cikgu itu dipercayai merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Dalam klip audio perbualan antara Zahid dan Anwar ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 baru-baru ini, Zahid menyifatkan Anwar adalah cikgu beliau yang pandai berucap.

Sehubungan itu, Tun Faisal sekali lagi mengajak Zahid sama-sama bersumpah untuk menafikan tuduhan yang dibuat ke atas mereka supaya nama kedua-duanya bersih.

Beliau yang digantung keahliannya selama enam tahun oleh Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO selepas tamat PAU 2020 baru-baru ini turut memuat naik cadangan sumpah untuk dirinya dan Zahid.

“Saya (akan dibaca oleh saya), bersumpah atas nama Allah, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI bahawa saya tidak terlibat merakam perbualan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mencipta audio tersebut. Saya juga tidak terlibat menyebarkan audio tersebut melainkan hanya beberapa kumpulan Whatsapp dan individu bagi membuktikan saya benar dalam hal kerjasama Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya juga bersumpah WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI bahawa surat sokongan Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga benar dan wujud.”

“Saya (akan dibaca oleh YB Datuk Seri) bersumpah atas nama Allah, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI bahawa suara di dalam audio perbualan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan suara saya dan adalah rekaan semata-mata. Saya tidak pernah berbual dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang terkandung dalam audio tersebut. Saya juga bersumpah, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, bahawa saya tidak menandatangani dan tidak terlibat memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan surat sokongan tersebut terhasil.”

Tun Faisal berkata, selain membuat laporan polis untuk menyiasat kesahihan audio ini yang akan mengambil sedikit masa, bersumpah atas nama Allah setidak-tidaknya boleh meredakan kecaman terhadap Zahid.

Beliau mencadangkan majlis angkat sumpah itu diadakan di Surau Ar-Rahman, PWTC selepas solat Jumaat, jam 2.30 petang, 16 April 2021.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
5 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok