Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu

June 8, 2023 · Politik

Cadangan Pemuda UMNO supaya DAP meminta maaf mendapat sokongan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad atau Tok Mat berbeza pendirian dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan tiada keperluan untuk DAP meminta maaf, sebaliknya beliau berkata cadangan Pemuda UMNO itu adalah baik.

“Cadangan (Pemuda UMNO) yang baik. Bagi saya, kalau DAP berbesar hati mereka boleh minta maaf kepada UMNO.

“(Kalau) minta maaf kepada Sarawak (GPS) boleh, lagi bagus jika minta maaf kepada UMNO.

“Kita akan bekerjasama dalam satu kerajaan dan DAP mesti berbesar hati,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Tok Mat terdahulu menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur malam ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membuat gesaan agar DAP memohon maaf kepada UMNO atas tohmahan terhadap parti itu yang mengguris hati semua ahli sehingga kini.

Kata Akmal, ada ahli yang datang berjumpa, mengadu dan meluahkan perasaan risau apabila bersama DAP, ‘keris’ UMNO akan terperosok ke bumi.

“Bahasa mudahnya, akar umbi risau bila bersama DAP, UMNO sudah tidak boleh bercakap pasal hak istimewa orang Melayu, soal kedaulatan raja-raja, tak boleh tuntut isu agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu serta bumiputera.

“Mereka risau UMNO kena patuh dan ikut telunjuk DAP. Hari ini, Pemuda UMNO ingin tegaskan kita bersama kerajaan perpaduan adalah atas faktor titah Yang di-Pertuan Agong untuk kestabilan negara serta bersama untuk membentuk kerajaan,” ujarnya.

Dalam reaksi awal kepada gesaan Pemuda hari ini, Zahid menolak gesaan dibuat oleh sayap parti tersebut.

“Perkara itu (minta DAP minta maaf) tidak (sepatutnya) timbul lagi kerana mereka telah menyatakan perkara ini beberapa kali.

“Menerusi perundingan kita untuk membentuk kerajaan (Perpaduan) pun, perkara itu juga menjadi syarat dan mereka bersetuju seratus-peratus, (jadi) tidak perlu lagi kita ulangi perkara yang telah dipersetujui,” katanya ketika sidang akhbar.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
23 jam lalu· Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
23 jam lalu · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok