Tiga laporan polis berhubung nama, kad pengenalan diguna pengundi lain

August 12, 2023 · Politik

Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dua laporan berkenaan diterima di daerah Kulim manakala satu laporan di daerah Kuala Muda, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata dua wanita tidak berpuas hati apabila dimaklumkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa namanya telah ditanda untuk mengundi menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu, masing-masing berlaku di Kulim dan Kuala Muda.

“Kes lain di Kulim pula melibatkan seorang lelaki yang mendakwa namanya telah digunakan oleh orang lain untuk mengundi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi ketiga-tiga kes berkenaan.

Dalam pada itu, Fisol berkata pihaknya juga mengesan satu video tular menerusi media sosial tentang seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila petugas SPR membantu suaminya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) menanda kertas undi di pusat mengundi di Pendang.

“Wanita yang merupakan isteri kepada lelaki itu mendakwa petugas SPR telah menanda pada kertas undi tidak sepertimana yang dikehendaki suaminya. Bagaimanapun, setakat ini, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian daripada wanita atau petugas SPR yang terlibat,” katanya.

Berkenaan satu lagi video tular berkaitan bas yang didakwa membawa “pengundi hantu” di daerah Kuala Muda, Fisol menjelaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana bas-bas yang ditularkan itu ialah bas yang disewa oleh pihak polis untuk membawa petugas polis di sekitar daerah berkenaan.

Beliau berkata pihaknya telah menyewa 34 bas dari Kuala Lumpur dan Kedah untuk membawa petugas-petugas polis yang ditugaskan menjaga keselamatan dan kelancaran proses PRN sepanjang pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Fisol menasihati orang ramai terutamanya penyokong parti politik di Kedah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti konvoi bermula petang ini sehingga malam nanti bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Kalau hendak sambut kemenangan parti politik mereka pun jangan sehingga menyusahkan dan mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Berita berkaitan
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023· Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023· Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok