Tiada istilah ‘nyawa-nyawa ikan’, MN masih hidup, tegas Takiyuddin

May 22, 2022 · Politik

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan tidak ada istilah ‘nyawa-nyawa ikan’ untuk gagasan Muafakat Nasional (MN) selagi tiada pihak membatalkan piagam yang dibentuk dalam kerjasama politik di antara PAS dan UMNO.

Mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerjasama UMNO dan PAS menerusi MN sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’, Takiyuddin berkata penubuhan gagasan itu yang berkonsepkan penyatuan ummah bukan satu usaha yang mudah.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata penubuhan MN bukan usaha yang mudah, sama ada di pihak PAS atau UMNO yang sebelumnya bertembung sejak puluhan tahun di arena politik negara.

“Saya tidak tahu yang disebut ‘nyawa-nyawa ikan’ itu siapa… sebab MN ada banyak pihak. Namun bagi kita, untuk mewujudkan gagasan MN ini bukan satu usaha yang mudah.

“Alhamdulillah kita berjaya mengorak satu langkah yang berkesan untuk menyatukan umat Melayu dalam satu gagasan iaitu MN.

“Bagi saya, mereka yang terbabit secara langsung mewujudkan MN amat sayang kepada gagasan ini dan orang yang tidak sayang kepada MN atau mengatakan pelbagai itu boleh jadi dia tidak terbabit secara langsung,” katanya menurut laporan BH.

Takiyuddin yang ditemui media pada majlis jamuan Aidilfitri di Pasar Malam Wakaf Che Yeh, di Kota Bharu malam tadi, berkata PAS masih lagi optimis dan yakin MN adalah gagasan terbaik untuk menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa serta kaum.

Beliau menegaskan, sehingga kini MN masih wujud dan diterima, malah tiada sesiapa pun yang menandatangi perjanjian pembatalan gagasan terbabit.

“Setakat saya tahu, tidak pernah (sesiapa) menandatangani satu dokumen membatalkan MN, dia macam kita buat satu perjanjian antara pihak A dan B, selagi A dan B tak membatalkan perjanjian itu, ia hidup lah.

“Sehingga mana-mana pihak ini membuat satu perjanjian dipanggil ‘revocation’, iaitu membatalkan perjanjian itu, barulah terbatal. Ini tak ada orang membatalkan MN, (bermakna) MN masih hiduplah, tak timbul ‘nyawa-nyawa ikan’, hidup itu hiduplah. Kita kena optimis,” katanya.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, soal masa depan MN wajar dibincangkan di peringkat jawatankuasa PAS dan UMNO sebelum hasil perbincangan dibawa kepada pimpinan kedua-dua parti untuk diputuskan.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok