Terkejut jumpa kepala babi depan bilik gerakan PN DUN Juasseh

August 9, 2023 · Politik

Jentera Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di Kuala Pilah dikejutkan dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di atas bendera parti gabungan itu di hadapan bilik gerakannya, pagi tadi.

Calon PN DUN Juasseh, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata beliau mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Menurutnya, selain bilik gerakan di situ beliau difahamkan terdapat kejadian sama berlaku membabitkan sebuah kediaman salah seorang pegawainya sekitar di daerah ini.

“Dalam politik macam itulah kan, kita sudah menjangkakan lebih teruk daripada itu pun mungkin berlaku. Tetapi tidak mengapalah kita kekal tenang. Saya ingat ini mungkin tindakan-tindakan untuk mengalihkan tumpuan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang tinggal berbaki dua tiga hari sahaja.

“Ia juga mungkin tindakan orang terdesak dan kita anggap ini sebahagian daripada cabaran. Kita tak boleh tuduh sesiapa sebab kita nak jaga sensitiviti banyak pihak,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik gerakan berkenaan, hari ini, lapor Sinar Harian.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang.

Dalam pada itu, Eddin yang juga Ketua Bersatu Kuala Pilah turut mengingatkan supaya jentera partinya kekal positif.

“Dalam ceramah saya malam tadi, saya nasihatkan jentera parti kalau kita nampak bendera pihak lawan itu tumbang kita sama-sama naikkan. Kita mahu satu budaya politik yang sihat dan positif.

“Sebab peredaran zaman dan pendekatan politik itu lebih matang, tetapi kalau ada sesetengah orang yang masih nak gunakan cara begini, itu sangat memalukan agama, bangsa dan juga masa depan anak-anak kita yang melihat perkara negatif dan tak sihat macam ini,” katanya.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pengarah pilihan raya PN DUN Juasseh.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani ketika dihubungi mengesahkan laporan dan ia masih dalam siasatan polis.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
September 21, 2023· Politik
Isham dakwa kena desak letak jawatan dengan pemimpin UMNO yang pro-DAP
September 12, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
4 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
24 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok