
PRN 2023.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat 1 tengahari hari ini, kira-kira 45 peratus pemilih berdaftar sudah keluar mengundi.
Setakat ini, Kedah merekodkan 49%, Terengganu (50%), Pulau Pinang (46%), Selangor (44%), Negeri Sembilan (42%), dan Kelantan (40%). Dalam pada itu PRK Kuala Terengganu merekodkan 47% keluar mengundi.
Keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Enam kerajaan negeri itu sebelum ini memutuskan tidak mengadakan pilihan raya serentak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang diadakan pada November tahun lalu.
Daripada jumlah berkenaan, 97,388 merupakan pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.
Seramai 570 calon, daripada sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.