Tak boleh salahkan kami jika Zul Huzaimy nak sabotaj PAS: Sanusi

November 14, 2022 · Politik

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kenyataan seorang pelakon, Zul Huzaimy, hanya mahu menimbulkan kontroversi terhadap parti itu menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini (19 November 2022).

Berucap pada Jelajah Perikatan Nasional PN BEST di Parlimen Tambun malam tadi (13 November 2022), beliau berkata pelakon itu bukan ahli PAS dan parti itu tidak boleh dipersalahkan jika dia cuba menimbulkan isu ketika kempen PRU-15.

“Siapa Zul Huzaimy? Saya tak kenal dia? “Dia bukan pemimpin dan bukan ahli PAS pun. Kalau dia nak sabotaj dengan pergi program kita dan cakap sebegitu, mana boleh salahkan PAS, tak boleh.

“Dia bukan (mewakili PAS), saya pun tak berani bercakap bagi pihak PAS, yang boleh bercakap hanya presiden dan setiausaha agung. Saya pula bercakap dalam bidang pilihan raya.

“Dasar penting kena lihat Perlembagaan, isu besar tengok muktamar. Itu cara pentadbiran PAS, bukan semudah itu keluarkan percakapan,” katanya.

Menteri Besar Kedah itu merujuk rakaman video ceramah pelakon itu di atas pentas dikaitkan dengan PAS yang tular di media sosial mengandungi kenyataan kontroversi berbaur perkauman, dan Zul Huzaimy bukan mewakili parti itu.

Kenyataan berkenaan dikatakan dirakam pada satu program di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Muhammad Sanusi juga menyifatkan kenyataan selebriti itu sebagai bahaya dan boleh dikenakan undang-undang, sekali gus meminta kenyataan pelakon itu tidak dikaitkan dengan PAS.

“Sudah 32 tahun PAS di Kelantan, tiada apa-apa terjadi dan semua orang hidup dengan aman damai. Usahkan kata paksa orang masuk Islam, bersunat pun kita tak paksa,” katanya.

Ahmad Faizal yang turut mengulas kenyataan pelakon itu, menegaskan parti dalam PN meliputi pelbagai bangsa, menghormati kehidupan beragama dan meraikan perbezaan yang menjadi perkara wajib dipertahankan semua rakyat Malaysia.

Sementara itu, Zul Huzaimy menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, memohon maaf atas ucapan berkenaan yang didakwanya disalah anggap.

Menurutnya, video tular itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud yang sebenar, bukan memberi gambaran atau berbaur perkauman.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan
November 4, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok