Tak boleh bahas kes Zahid di Parlimen, PN bidas PMX gopoh dahului Speaker

September 10, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) membidas Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gopoh apabila mendahului Speaker Dewan Rakyat dengan mengatakan kes mahkamah Presiden UMNO yang dibuang baru-baru ini tidak boleh dibahas di Parlimen.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Anwar mempertahankan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada kes mahkamah yang dihentikan prosiding baru-baru ini dibahas di Dewan Rakyat adalah tidak wajar, walhal sepatutnya Speaker yang membuat keputusan bukan PMX.

“PN mendapati kenyataan Anwar yang menolak untuk Parlimen membahaskan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan jenayah yang dihadapinya sebagai tindakan melanggar undang- undang dan penyalahgunaan kuasa yang nyata.

“Meskipun sebagai Ketua Majlis Parlimen, Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak untuk menentukan atau memutuskan berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat (standing order) sekiranya terdapat usul yang dikemukakan untuk membahaskan perkara tersebut. Sebaliknya penerimaan atau penolakan usul sedemikian berada dalam bidang kuasa dan budi bicara Yang Dipertua Dewan atau Speaker semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan.

Takiyuddin juga berkata Anwar sudah melampaui bidang kuasanya apabila membuat keputusan ikut suka hatinya.

“Di sini jelas bahawa Perdana Menteri telah membuat kenyataan yang melampaui bidang kuasa dan peranannya sebagai Ketua Majlis dengan mendahului keputusan yang sepatutnya dibuat oleh Yang Dipertua Dewan.

“Dalam isu yang dipertikaikan oleh banyak pihak ini, persoalan sub judice juga tidak timbul kerana kes ini telah pun berakhir apabila pihak Peguam Negara dengan pelbagai alasan yang pelik meletakkan mahkamah dalam keadaan yang tiada pilihan melainkan melepaskan tertuduh walaupun berstatus DNAA,” ujarnya lagi.

Ujarnya, kes mahkamah Zahid adalah isu melibatkan kepentingan umum yang perlu diperjelaskan kepada orang ramai.

“Maka jelaslah perkara ini sepatutnya boleh dibincangkan oleh orang ramai, apatah lagi oleh Ahli Parlimen dalam forum rasmi berkepentingan awam di Dewan Rakyat.

“Keperluan untuk kes berkenaan dibahaskan dalam forum tertinggi negara juga semakin perlu dan mendesak memandangkan kesan besarnya bukan sahaja ke atas institusi perundangan dan kehakiman, tetapi juga terhadap imej dan integriti kerajaan dan negara di mata rakyat dan juga masyarakat antarabangsa,” ujarnya lagi.

Takiyuddin juga menggesa supaya Speaker membenarkan usul berhubung kes rasuah Zahid yang dikemukakan supaya ia dapat dibahas di Dewan Rakyat.

“Justeru PN menyeru dan mengharapkan agar Yang Dipertua Dewan Rakyat akan membuat petua yang dihormati (respected ruling) berkaitan perkara ini berdasarkan peratuan dan undang-undang yang ada secara adil saksama tanpa gentar dan memihak (without fear of favour) serta tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak termasuk kerajaan,” katanya.

Pada Isnin minggu lalu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa ia menarik balik pertuduhan terhadap kes rasuah dihadapi Zahid dan meminta kes itu diketepi tetapi tidak dibebaskan, yang dibenarkan oleh mahkamah.

Berita berkaitan
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
6 minit lalu· Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
9 minit lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok