Syok sangat dengan jawatan sehingga ditolak rakyat, kata veteran UMNO

August 22, 2023 · Politik

Tan Sri Shahrir Abd Samad menggesa supaya UMNO mengubah budaya seronok dengan jawatan politik sehingga mereka ditolak rakyat.

Veteran UMNO itu berkata sikap sedemikian perlu diubah dengan mengubah pemikiran supaya menjadi sebuah parti politik dan bukan parti kerajaan kerana hanya cara itu mereka dapat menjadi relevan.

“Ubah cara kita berparti dan kedudukan parti mesti berbeza dengan kerajaan. Kita mesti jadi parti politik, bukan parti kerajaan. Pasal kita anggap kita ini parti kerajaan, kita tak akan menjadi parti politik yang sebetulnya.

“Kita akan berharap kepada jentera kerajaan untuk melakukan tanggungjawab dan peranan kita sebagai siasah politik seolah-olah diketepikan. Mana-mana parti politik kedudukannya tak boleh syok sendiri.

“Kita kena lihat kehendak orang ramai. Kehendak yang mengundi, supaya kita terus menjadi relevan dan orang masih merujuk kepada kita. Sekarang ini, orang merujuk kepada UMNO, tapi mereka balun kita, sebab UMNO sendiri tak mahu mengubah keadaan dan cara kita berpolitik,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui parti itu kini sedang mengalami penolakan besar-besaran orang Melayu, susulan kekalahan berturut-turut parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu dan terbaru Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri yang berakhir 12 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, penolakan pengundi Melayu terhadap UMNO mungkin dipengaruhi banyak faktor dengan undi protes juga dianggap sebahagiannya.

“Ini tanggungjawab Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Mereka harus fikirkan ini dengan serius. Dia ada banyak faktor (penolakan), undi protes dan mungkin bercampur yang lain. UMNO kena bawa perubahan untuk tukar naratif dalam parti ini.

“Kita sudah melalui pengalaman PRU14. Kita nampak macam mana pemimpin kita ini masih syok sangat dengan jawatan. Gaduh berebut pasal jawatan, seolah-olah meletakkan parti ke tepi.

“Menyatakan seolah-olah Parlimen yang menentukan kerajaan, bukan parti. Jadi, itu pengalaman yang kepimpinan yang ada sudah lalui dan mesti hadapi,” katanya lagi.

UMNO baru-baru ini semasa PRN, UMNO hanya menang 19 kerusi.

UMNO kalah teruk di Kedah dan Terengganu apabila tiada kerusi dimenangi calon mereka, manakala hanya satu calon daripada parti itu menang di Kelantan.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok