SPR hanya benar kempen fizikan di 64 kawasan tiada internet

December 5, 2021 · Politik

Penganjuran ceramah atau syarahan secara fizikal sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, hanya dibenarkan di 64 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mempunyai capaian Internet yang tinggi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman sesawang rasmi memaklumkan antara kawasan itu adalah Opar, Bukit Sari, Gedong, Dalat, Simunjan, Ba’Kelalan, Marudi, Saribas, Asajaya serta Tanjong Datu dan sebarang penganjuran ceramah dan syarahan selain daripada 64 kawasan itu adalah tidak dibenarkan, menurut laporan Bernama.

Antara prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran ceramah dan syarahan ialah kehadiran peserta hendaklah 50 peratus daripada kapasiti premis atau maksimum 150 orang dalam satu-satu masa dan peserta yang menghadiri ceramah dihadkan kepada penduduk kampung atau rumah panjang itu sahaja.

“Selain itu, parti-parti atau calon-calon yang bertanding bertanggungjawab untuk memastikan penduduk luar dari kampung atau rumah panjang tersebut tidak menghadiri ceramah atau syarahan yang dianjurkan.

“Penganjur perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ceramah atau syarahan diadakan dengan tarikh, masa dan tempat hendaklah dinyatakan dalam permit untuk memudahkan pihak polis membuat pemantauan,” menurut laman sesawang itu hari ini.

Menurut SPR, tempoh dua jam diberikan bagi setiap sesi ceramah fizikal dan tidak melebihi 10 malam, dengan penganjuran perlu dilakukan di lokasi tertutup seperti dewan, balai raya atau ruai serta tiada sebarang bentuk hiburan semasa berkempen.

SOP lain termasuk memakai pelitup muka, mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sepanjang masa, membenarkan hanya individu lengkap vaksin hadir dan menyediakan kaunter saringan kesihatan.

Sementara itu, SPR menggalakkan calon untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam tempoh kempen selaras norma baharu susulan pandemik Covid-19.

Oleh itu, penggunaan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, WhatsApp, Telegram, rangkaian televisyen dan akhbar tempatan untuk berkempen adalah digalakkan.

Dalam pada itu, SPR tidak membenarkan temu bual secara spontan (terjah) atau di luar masa dan SPR juga akan menetapkan sesi sidang media atau temu ramah di pusat-pusat mengundi bagi memastikan pematuhan penjarakan fizikal.

“Hanya wartawan yang telah lengkap menerima vaksin dibenarkan hadir ke sesi sidang media atau temu ramah dengan pematuhan SOP termasuk penjarakan fizikal. Wartawan yang bergejala atau positif COVID-19 atau kontak rapat tidak dibenarkan hadir ke sesi sidang media atau temu ramah,” menurut SPR.

SPR menetapkan esok hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 14 Dis dan hari pengundian PRN Sarawak pada 18 Dis.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok