Skandal seks, bekas KB UMNO Tangga Batu desak Rais lapor polis

April 29, 2023 · Politik

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, Datuk Rais Yasin yang dikaitkan dengan skandal rasuah seks digesa membuat laporan polis bagi siasatan berhubung kontroversi tersebut dapat dijalankan.

Gesaan dibuat kepada Exco Melaka itu dibuat oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali supaya beliau dapat membersihkan dirinya daripada dakwaan terlibat dalam skandal seks dengan seorang wanita tersebut.

“Ramai yang menimbulkan persoalan (skandal seks) dan ia menjadikan satu perkara yang sebenarnya mesti dihentikan.

“Jawapan kepada itu adalah mesti Yang Berhormat Datuk Rais Yasin membuat laporan polis bagi menolak, bagi menyangkal apa jua fitnah yang dikatakan terhadap diri beliau mesti dibersihkan.

“Kalau ini boleh dilakukan, maka beliau lebih mudah melaksanakan tanggungjawab yang beliau nyatakan untuk menumpukan perhatian kepada tugas yang beliau pikul ini untuk membina kekuatan ekonomi negeri Melaka,” katanya dalam sidang media malam tadi di kediamannya.

Menurut Mohamad lagi selaku bekas pemimpin UMNO Melaka sebelum ini, ia menjadi tanggungjawab untuk dirinya membangkitkan isu tersebut dan meminta supaya isu peribadi dihadapi Rais tidak akan menjadi beban kepada UMNO Melaka selepas ini.

Berhubung dakwaan kononnya beliau menjadi dalang disebalik penularan video dan tangkap layar perbualan lucah dalam media sosial, Mohamad menafikan sama sekali terlibat dalam aktiviti tersebut.

“Saya tampil pada malam ini setelah saya berdiam diri sekian lama adalah untuk menjelaskan, ramai kawan-kawan Rais dalam Facebook banyak menghina, menghentam saya seolah-olah saya dalang.

“Alhamdulillah pagi tadi (semalam) saya dapat WhatsApp daripada Datuk Zaharin Mohd. Yasin yang telah bersumpah laknat, dia dengan secara jujur dan berani menyatakan dia tidak pernah menerima apa-apa bahan daripada saya.

“Ini sumpah yang dilafazkan oleh Zaharin dan saya amat mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana secara tidak langsung beliau telah membersihkan nama saya,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan berhubung isu penularan video dan perbualan seks melibatkan seorang Exco Melaka dalam media sosial.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah mengesahkan setakat ini pihaknya tidak menerima laporan polis membabitkan dakwaan skandal seks itu.

Berita berkaitan
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu· Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu· Isu semasa
Kertas siasatan Dr Mahathir dirujuk ke Peguam Negara Selasa ini
22 jam lalu· Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
1 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
2 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
2 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
4 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok