Skandal LCS: Latiff minta Rafizi buktikan tuduhan Zainab adalah isterinya

August 26, 2022 · Politik

Rafizi Ramli dibidas supaya tidak terus membuat fitnah berhubung kononnya isteri seorang Menteri terlibat dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang mendapat perhatian banyak pihak kebelakangan ini.

Timbalan Presiden PKR itu kini dicabar supaya mengeluarkan bukti kononnya Zainab Binti Mohd Salleh adalah isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abd Latiff Ahmad sebagai membuktikan kebenaran disebalik tuduhannya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Latiff meminta Rafizi itu mengeluarkan bukti terhadap tuduhannya mengatakan Zainab adalah isteri keduanya seperti didakwa sebelum ini.

Andaikata saudara Rafizi betul betul yakin bahawa Zainab Binti Mohd Salleh ialah isteri kedua saya, maka sila kemukakan bukti.

“Sebagai anggota kabinet, saya bersedia untuk disiasat bagi membuktikan kebenaran apa yang saya katakan. Hentikanlah menabur fitnah,” kata kenyataan itu.

Latiff juga menjelaskan laporan Alliance IFA (M) Sdn Bhd (Alliance) kepada Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) yang digunakan Rafizi sebagai modal untuk mengaitkan Zainab dalam tuduhannya adalah dokumen deraf yang tidak ditandatangani dan tidak dapat disahkan kandungannya.

“Rafizi telah menggunakan satu laporan forensik oleh Alliance sedangkan dokumen tersebut hanya merupakan satu deraf yang tidak ditandatangani dan yang tidak dapat disahkan kandungannya,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, Rafizi juga sepatutnya tidak meneruskan pembohongan walhal laporan Alliance tidak ada menyebut Zainab adalah isteri kepada Latiff.

“Rafizi bukan sahaja tidak jujur, malah dengan sengaja membuat fitnah apabila menyembunyikan fakta bahawa terdapat laporan forensik sebenar yang ditandatangani oleh Alliance yang secara jelas tidak menyebutkan bahawa Zainab ialah isteri kedua saya,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi firma pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga Latif yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu.

Rafizi mendakwa, siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan dilakukannya mendapati syarikat pembekal itu dimiliki ‘isteri’ Latiff.

“Beliau (Dr Abd Latiff) adalah Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013. Menteri Pertahanan ketika itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang,” katanya pada 21 Ogos lalu.

Latiff meninggalkan UMNO selepas Pilihan Raya Umum 2018 dan menyertai Bersatu.

Kontroversi mengenai skandal LCS tercetus setelah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu mendedahkan kelemahan projek berkenaan.

Susulan itu Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju menyahklasifikasikan dua laporan siasatan berhubung projek berkenaan yang sebelum ini dikategorikan sulit, yang kemudian digunakan Rafizi untuk membuat pendedahan mengenai skandal LCS.

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
7 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu· Politik
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Popular
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023
Lagi Politik terkini
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
7 jam lalu · Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
7 jam lalu · Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
20 jam lalu · Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023 · Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok