Siri mesyuarat UMNO hari ini, langkah pecat Zahid sudah berjalan

November 20, 2022 · Politik

Beberapa pemimpin UMNO kelihatan tiba di ibu pejabat parti itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi menghadiri beberapa siri mesyuarat termasuk mesyuarat Biro Politik UMNO dan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT).

Maklumat awal dalaman diterima Agenda Daily, perkara utama yang bakal dibincangkan adalah bagaimana untuk meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur secara terhormat dan langkah seterusnya jika beliau masih berdegil enggan melepaskan jawatan.

Antara yang kelihatan dan tiba seawal 11 pagi ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli MT Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said serta dua lagi Ahli MT iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitter beliau malam tadi memaklumkan parti itu akan mengadakan mesyuarat Biro Politik UMNO pada tengah hari, diikuti mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 3 petang.

Turut dijadualkan berlangsung hari ini adalah mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 8 malam.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 4.30 pagi tadi, BN hanya memperolehi 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Semalam Pengerusi BN, Zahid berkata parti itu menghormati keputusan rakyat dalam PRU15 serta menganggap ia satu isyarat besar kepada gabungan politik itu selain sedia menjadi jambatan bagi mengukuhkan hubungan baik antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Zahid berkata pada masa sama, BN juga bersedia mengetepikan perbezaan sentimen sesama ahli parti sebelum ini dan dalam masa terdekat, akan memberikan tumpuan mengembalikan kekuatan parti terutama dalam menangani cabaran semasa serta lebih memahami keperluan generasi baharu.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR menunjukkan Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi, manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi, diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua).

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
18 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok