Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO

October 2, 2023 · Politik

Sesi pendengaran bagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi (PSSC) berhubung kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu disiarkan secara langsung, gesa sebuah kumpulan hak asasi manusia.

Kumpulan hak asasi rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati Dan Penyeksaan (Madpet) mendesak kerajaan campuran menyiarkan sesi pendengaran di Parlimen itu bagi rakyat mendengar sendiri alasan keputusan 47 kes mahkamah Zahid dihentikan prosiding perbicaraannya.

“Ahli Parlimen dan Jawatankuasa Parlimen tidak boleh bimbang terhadap ketelusan ini, dan adalah penting untuk orang ramai mendengar apa yang berlaku, terutamanya apa yang dikatakan oleh orang yang dipanggil untuk memberi keterangan.

“Orang ramai ingin mengetahui dan memantau ahli Parlimen mereka yang terlibat, dan bagaimana wakil rakyat mereka berkelakuan dalam prosiding jawatankuasa dan membuat keputusan sedemikian. Mereka mahu mendengar semuanya, bukan sekadar kesimpulan akhir,” kata jurucakapnya, Charles Hector dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan campuran menerusi Peguam Negara sebelum ini menarik balik 47 kes rasuah daripada disambung perbicaraan terhadap Presiden UMNO itu.

Charles merujuk laporan SinChew yang memetik pengerusi PSSC William Leong sebagai berkata pendengaran jawatankuasa itu terhadap kes Zahid tidak akan disiarkan secara langsung.

Leong dilaporkan berkata, ini berikutan Peraturan Mesyuarat Parlimen yang menghalang amalan sedemikian.

Tidak jelas perintah tetap mana yang dimaksudkan oleh Leong.

Bagaimanapun, cadangan pada masa lepas agar mesyuarat jawatankuasa itu diadakan secara terbuka dipertikaikan dengan Peraturan Mesyuarat 85 yang menghalang ahli jawatankuasa daripada menyiarkan apa-apa dokumen sebelum laporan siasatan jawatankuasa itu disiapkan.

Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PM 85) menyatakan bahawa “Keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa ahli Jawatankuasa itu, atau oleh siapa-siapa jua, sebelum Jawatankuasaitu membawa penyata itu kepada Majlis”.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh pada 2022 berkata, speaker Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk memulakan penggantungan Peraturan Mesyuarat dengan merujuknya kepada Dewan untuk diputuskan, menurut Peraturan Mesyuarat 90(2).

Peraturan Mesyuarat 90 (2) menyatakan: sesuatu masalah yang bertujuan hendak merentikan kuat kuasa mana-mana Peraturan Mesyuarat atau harus menyebabkan boleh terhenti kuat kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat, boleh dicadangkan hanya selepas dikeluarkan pemberitahu atau dengan persetujuan Tuan Yang Dipertua yang hendaklah dengan serta-merta mengemukakan untuk diputuskan tanpa dibenarkan apa-apa perbahasan.

Charles juga berkata kerajaan boleh meminda Perintah Tetap Parlimen untuk membenarkan siaran langsung pendengaran itu bagi memastikan ketelusan parlimen.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok