Sepatutnya kumpul bukti dan lapor kepada SPRM, penganalisis ulas kekecohan di KLIA

July 5, 2023 · Politik

Seorang Menteri tidak sepatutnya bertindak sendiri dan perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat isu rasuah, kata penganalisis berhubung isu kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu.

Penganalisis menyifatkan tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencetuskan kekecohan tidak wajar berlaku, sepatutnya bukti dikumpul dan dilaporkan kepada SPRM terlebih dahulu.

Penganalisis dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azmil Tayeb menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbang untuk menggantikan menteri tersebut jika beliau merombak Jemaah Menteri kerana ia memberi gambaran buruk kepada kerajaan.

“Beliau sepatutnya mengumpul bukti rasuah dan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan diambil berbanding bertindak sendiri.

“Perkhidmatan awam memerlukan jaminan bahawa mereka mampu menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih. Jika terdapat sebarang salah laku, ia perlu ditangani dengan cara betul, bukan secara sembarangan seperti dalam kejadian di KLIA,” katanya dipetik laporan FMT.

Sementara itu, penganalisis daripada Akademi Nusantara, Prof Dr Azmi Hassan senada dengan Azmil dan berkata, tindakan King Sing sebagai terburu-buru kerana SPRM sukar menentukan sama ada benar-benar berlaku rasuah dalam insiden itu.

“Saya pasti SPRM akan dapati sukar untuk menentukan sama ada rasuah berlaku ketika itu, di mana Tiong campur tangan.”

Minggu lalu, media melaporkan King Sing membuat kecoh setelah menyerbu masuk ke balai ketibaan antarabangsa untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang dinafikan daripada memasuki negara ini oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Malah dalam kenyataannya menjelaskan keadaan itu, King Sing mendakwa pegawai Imigresen di KLIA terlibat aktiviti rasuah.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok