Selepas nama tercicir, Tajuddin sedia terima sebarang keputusan

July 15, 2022 · Politik

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sedia menerima sebarang keputusan yang akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung status lantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Ahli Parlimen Pasir Salak berkata keputusan berhubung lantikannya itu adalah hak prerogatif Perdana Menteri yang perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan menghormati setiap keputusan yang akan dibuat berhubung status pelantikannya.

“Saya sudah jumpa dengan Perdana Menteri, jadi sedikit sebanyak saya sudah mendapat gambaran. Macam mana pun, saya tidak boleh nak nyatakan perbincangan dengan Perdana Menteri sebab tidak mahu mendahuluinya dan saya menghormati Kabinet. Saya juga seorang rakyat yang taat setia kepada Tuanku.

“Berhubung kedudukan sekarang, saya tidak tahu. Cuma saya sudah dilantik Kabinet dan proses seterusnya saya serahkan kepada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh bertindak dan membuat keputusan dengan bijaksana.

“Yang penting, sekiranya khidmat saya diperlukan, saya akan berkhidmat untuk rakyat dan negara. Malah, saya boleh menerokai peluang yang ada supaya kedua-dua negara sama-sama menikmati kerjasama yang membawa kepada kemajuan dalam pembangunan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Untuk rekod, nama Tajuddin tercicir semasa majlis pengurniaan watikah pelantikan ketua perwakilan Malaysia ke luar negara baru-baru ini.

Perkembangan tersebut menimbulkan terus menjadi tanda tanya mengenai pemilihan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang telah diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan berhubung status Tajuddin.

Menurut Tajuddin lagi, kritikan kononnya beliau tidak layak memegang jawatan itu bertujuan menjatuhkan reputasinya.

“Mereka buat macam-macam cerita yang bukan bertujuan baik. Semua bertujuan dengki, khianat. Apakah mereka ingat saya ini langsung tidak ada kemampuan? Kelulusan? Pengalaman? Itu dari pembangkang, saya tidak kisah. Tetapi, saya kesal orang Umno sendiri ikut sama, apa masalahnya?

“Tidak mengapalah, saya tidak patah semangat. Saya yang sudah berkhidmat lebih 50 tahun dan akan terus berkhidmat menggunakan pengalaman yang ada sebagai wakil rakyat, pengerusi syarikat berkaitan kerajaan dan timbalan menteri,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok