Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara

November 30, 2022 · Politik

Penyakit UMNO yang sering menggunakan kuasa menindas lawan sudah berjangkit kepada Pakatan Harapan (PH) apabila tidak lagi menghormati hak kebebasan bersuara.

Timbalan Ketua Bersatu Shah Alam, Dr Afif Bahardin membidas Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang berubah apabila sudah menyerupai perangai pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) yang tidak boleh menerima kritikan dan memberi tekanan kepada pihak lawan.

“Ugutan PH untuk mengambil tindakan polis berhubung kenyataan Azman bertentangan sama sekali dengan janji yang berulang kali bahawa mereka akan mempertahankan kebebasan bersuara.

“Dalam Manifesto Pilihan Raya PRU-15 (PRU-15), PH secara khusus berjanji untuk memansuhkan undang-undang zalim yang menyekat kebebasan bersuara dan berjanji untuk ‘mempertahankan demokrasi dan mempromosikan kebebasan bersuara.’

“Menuntut polis menyiasat Azman adalah bertentangan sama sekali dengan dakwaan PH sebagai juara demokrasi,” kata Afif dalam kenyataan.

Afif juga mempertahan kenyataan kritikan calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin sebagai adil dan tidak mempunyai unsur hasutan seperti didakwa Fahmi, serta membidasnya supaya tidak bersikap seperti pemimpin UMNO-BN.

“Ia adalah kritikan politik terhadap gabungan baru BN-PH dan ia adalah komen yang adil. Sebarang penggunaan kuasa polis untuk menyiasat musuh politik PH berhubung kritikan politik adalah penyalahgunaan kuasa polis.

“Fahmi dan PH kini bertindak persis seperti mana BN pernah bertindak ketika berkuasa dengan mengancam siasatan polis apabila mereka dikritik oleh ahli politik pembangkang, katanya lagi.

Afif juga mengingatkan Fahmi berhubung kritikan PH sebelum ini terhadap kerajaan PN dengan pelbagai label yang dilihat lebih menghina tetapi tiada tindakan diambil terhadap mereka.

“Sebaliknya, PN ketika berkuasa tidak mengambil tindakan polis terhadap ahli politik PH yang berulang kali menghina kerajaan dengan menjenamakan kerajaan pintu belakang atau kerajaan gagal serta banyak lagi istilah menghina.

“Kami menuntut PH dan Fahmi Fadzil menarik balik ugutan untuk menggunakan kuasa polis terhadap Azman yang melanggar kebebasan bersuara dan undang-undang pilihan raya,” tambahnya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
18 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok