Sanusi akan dipanggil polis kerana pamer kertas undi: KPN

August 15, 2023 · Politik

Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk diambil keterangan susulan didakwa menayangkan kertas undinya kepada petugas media pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Muhammad Sanusi akan dipanggil dalam tempoh terdekat dan rakaman percakapannya akan diuruskan polis kontinjen Kedah, lapor Bernama.

Beliau berkata polis akan menyiasat daripada pelbagai aspek selaras dengan laporan yang diterima.

“Berilah kami peluang untuk menyiasat kes ini, bagi menuduh atau tidak itu kami serahkan kepada AGC (Pejabat Peguam Negara).

“Kami juga mempunyai cadangan-cadangan dengan melihat semua keterangan untuk menyiasat kes ini menggunakan seksyen yang bersesuaian,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman hari ini.

Razarudin berkata kes berkenaan antaranya akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 5(1) dan Seksyen 26(1)(g).

Pada 12 Ogos lepas, Muhammad Sanusi mendakwa beliau tidak berniat untuk mempamerkan kertas undinya kepada pihak media ketika mengundi pada PRN.

Sebaliknya, beliau dilapor berkata kertas undi itu terdedah secara tidak sengaja ketika melayani permintaan pihak media untuk mengambil gambarnya.

Berita berkaitan
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
22 jam lalu· Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
October 1, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok