Rebah dalam program UMNO, Jamal dimasukkan ke hospital

September 18, 2022 · Politik

Datuk Seri Jamal Md Yunos kini sedang menerima rawatan di hospial selepas rebah secara tiba-tiba pada satu program UMNO di Sungai Besar malam tadi.

Menurut laporan BH, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dan kini berada dalam keadaan stabil bawah pemantauan rapi oleh doktor pakar.

Anaknya, Amin Daniel Jamal, 22, mengesahkan bapanya itu sedang dirawat selepas insiden malam tadi.

“Ayah rebah secara tiba-tiba ketika menghadiri program berkenaan. Ketika itu, saya turut hadir dan membawanya sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut

“Pihak hospital masih menjalankan ujian darah bagi mengenal pasti punca sebenar kesihatan ayah merosot,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Jamal terlantar di hospital selama berbulan-bulan, dan menyifatkan diri umpama ‘mati hidup kembali’ apabila pulih sepenuhnya daripada penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Jamal dipetik berkata, pakar memberitahu keadaannya ketika terlantar itu sebagai sukar diselamatkan dan dijangka hanya mempunyai masa singkat untuk bertahan.

Katanya, ramai pakar perubatan kanser sependapat bahawa beliau hanya mempunyai hayat kira-kira 100 hari hingga Disember 2021.

Namun dalam keadaan beliau mula reda dengan sebarang kemungkinan, Jamal berkata, dirinya mengubah cara hidup dan ia berjaya membuahkan hasil.

Dalam pada itu, Jamal juga sedang berdepan tindakan bankrap selepas gagal membayar saman fitnahnya berjumlah RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Kok memfailkan saman terhadap Jamal, pada 2017, selepas menuduhnya menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Warga Emas kerajaan negeri.

Beliau menegaskan, kenyataan Jamal menimbulkan tanggapan bahawa beliau telah menggunakan dana kerajaan negeri untuk dirinya, sekali gus, memaparkannya individu tidak beretika.

Pada 26 Julai, Kok juga merujuk bagaimana siasatan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Jamal membuat laporan terhadapnya.

“Mereka serbu pejabat saya dan ambil semua fail saya. Saya dan pembantu disoal siasat beberapa kali dan kami terpaksa jawab pelbagai soalan.

“Kami terpaksa lalui seksaan sebegini hanya kerana Jamal buat laporan terhadap saya.”

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
18 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok