Putus kerjasama politik, PAS Kelantan terima keputusan UMNO negeri

January 23, 2022 · Politik

Keputusan UMNO Kelantan yang memutuskan kerjasama politik dengan PAS diterima dengan terbuka dan menghormati pendirian parti tersebut.

PAS Kelantan tidak mempunyai hak untuk menentukan hala tuju dan ketetapan yang dibuat oleh pemimpin UMNO, bagaimanapun menegaskan Muafakat Nasional (MN) tetap akan diperkasakan, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

“Pendirian kita, PAS masih lagi duduk bersama dengan UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) serta untuk memperkasakan lagi PN.

“Kita hormat pendirian mereka (UMNO), tetapi memandangkan (kita) melihat perpaduan orang Melayu dan Islam ini penting, hasrat kita akan teruskan bersama UMNO sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kelantan itu juga memberitahu PAS sudah membuat perbincangan dengan Biro Politik UMNO semalam.

“Dalam perbincangan itu, kita secara mesra memahami ada hasrat pihak UMNO untuk memutuskan kerana dia tidak boleh terima Bersatu. Mungkin ada kemudaratan kepada dia (UMNO) dengan BERSATU.

“Kita juga mohon supaya perkara ini jangan diputuskan kerana melihat kepada keadaan semasa yang sangat baik, kehidupan masyarakat majmuk, hubungan PAS dengan UMNO juga baik. Tetapi kita tidak boleh buat apa-apa sebab itu pendirian mereka.

“Kita terima, tetapi dari segi usaha perpaduan kita teruskan kerana Islam meminta kita supaya bersatu padu,” katanya lagi.

Media semalam melaporkan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, UMNO Kelantan tidak lagi bersama dengan PAS negeri melalui MN yang berkuat kuasa serta merta.

Katanya, UMNO membuat keputusan itu berikutan PAS Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan BERSATU dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok