PRU-15: Zahidi akan lawan Zahida di Padang Besar atas tiket parti lain

November 3, 2022 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang digugurkan daripada mempertahankan kerusi dimenanginya sejak dua penggal lalu – Parlimen Padang Besar – akan tetap bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, pada 19 November ini.

Walaupun, Barisan Nasional (BN) tidak mencalonkannya, beliau mengesahkan buat masa ini perbincangan dengan pihak tertentu sedang dijalankan supaya beliau dapat bertanding atas tiket parti berkenaan.

Terdahulu, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan akan bertanding di Parlimen Padang Besar, menggantikan Zahidi.

Mengulas perkara itu, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata UMNO pada masa ini berdepan kecelaruan yang mana calon-calon berpotensi menang disingkirkan pada PRU-15.

“Sekarang perbincangan sedang berlangsung dan kita harap dapat tonjolkan calon-calon kita yang bersesuaian dengan keadaan sekarang,” katanya menurut Utusan.

Terdahulu, seorang lagi veteran UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata keputusan itu dibuat kerana melihat PN boleh menjadi platform yang mampu menyatukan ummah, terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu.

Sementara itu, Zahidi menjangkakan Zahida bakal berdepan laluan sukar pada PRU-15 berdasarkan kepada perkembangan politik semasa.

“Kita lihat kalau peluang dia (Zahida) masa zaman UMNO kuat dulu mungkin cerah, tapi dalam situasi sekarang, peluang dia agak tipis.

“Akar umbi mungkin berbelah-bahagi dan menyebabkannya sukar untuk menang di sana,” katanya.

Tambah beliau, prinsip bagi memilih ahli Parlimen bagi sesebuah kawasan adalah berdasarkan kriteria wakil daripada anak tempatan dan bukannya dengan tujuan bagi kepentingan pihak tertentu.

“Untuk bahagian menerima Zahida mungkin agak sukar memandangkan beliau adalah calon luar dan bukan berasal dari Padang Besar,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
8 jam lalu· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok