PRN: SPRM tiada hasrat perkenal garis panduan rasuah

July 31, 2023 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum berhasrat memperkenalkan sebarang garis panduan baharu berkait rasuah bagi mana-mana pilihan raya.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sudah jelas menunjukkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ejen dan calon ketika berkempen.

“Kalau tengok akta itu, ia bukan diwujudkan pada tahun 2014 atau 2023, maknanya telah ada sebelum merdeka lagi.

“Jadi, kita belum berhasrat untuk kemukakan atau lancarkan apa-apa garis panduan kerana ia sudah ada undang-undang dan perlu mematuhinya.

“Dalam Seksyen 10 juga secara jelas menjelaskan apa yang boleh dibuat dan tidak perlu dilakukan oleh agen dan juga calon. Mereka perlu patuh dan memahami kesalahan dinyatakan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti politik memerlukan garis panduan yang jelas terhadap perkara yang boleh dan tidak boleh semasa berkempen bukan hanya bergantung kepada kenyataan SPRM.

“Kenyataan SPRM mengelirukan rakyat. Pelbagai kenyataan SPRM sebelum ini dilihat kontra dengan apa yang berlaku.

“Pandangan saya kita perlukan garis pandunag jelas mana yang boleh dilakukan dan mana yang tidak boleh. Bukan hanya dengan kenyataan SPRM sahaja .

“Ia akan lebih mudah bagi parti politik dalam kempen mereka. Kita tidak mahu seolah-olah ada dua versi parti pemerintah dan pembangkang,” katanya kepada Agenda Daily.

Ia susulan takrifan Azam sebelumnya yang menyifatkan pengumuman peruntukan tambahan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada belia Terengganu bukan rasuah.

Jumaat lalu, Zahid mengumumkan geran tambahan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) selain peruntukan sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia Terengganu.

Turut diumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri itu malah katanya jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Shafie persoal kenapa Anwar selepas dibebaskan boleh bertanding pilihan raya pula
November 1, 2022
Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah
November 29, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok