SPRM kata tiada unsur rasuah, PAS kata mengelirukan rakyat

July 30, 2023 · Politik

PAS menyifatkan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ‘mempertahankan’ pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengelirukan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti politik memerlukan garis panduan yang jelas terhadap perkara yang boleh dan tidak boleh semasa berkempen bukan hanya bergantung kepada kenyataan SPRM.

“Kenyataan SPRM mengelirukan rakyat. Pelbagai kenyataan SPRM sebelum ini dilihat kontra dengan apa yang berlaku.

“Pandangan saya kita perlukan garis pandunag jelas mana yang boleh dilakukan dan mana yang tidak boleh. Bukan hanya dengan kenyataan SPRM sahaja .

“Ia akan lebih mudah bagi parti politik dalam kempen mereka. Kita tidak mahu seolah-olah ada dua versi parti pemerintah dan pembangkang,” katanya kepada Agenda Daily.

Menurut Tuan Ibrahim, kerajaan kini dalam keadaan terdesak melihat gelombang kebangkitan rakyat hingga terpaksa mengumumkan pelbagai inisiatif.

“Saya melihat kerajaan dalam keadaan terdesak dengan gelombang kebangkitan rakyat, sehingga terpaksa mengisytihar pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan.

“Kerajaan dilihat masih dalam mod tradisi dengan menjadikan pilihan raya sebagai medan mengisytihar pelbagai inisiatif, walaupun jelas rakyat kini sudah tidak termakan dengan gula-gula pilihanraya. Insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini beliau menuntut SPRM memberi kenyataan terhadap pengumuman Zahid yang memberikan peruntukan khas ketika berucap pada Majlis Perasmian Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul (LesGU) sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

Namun menurut Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki, pengumuman itu tiada unsur rasuah dan pemberian seumpama itu bukan rasuah.

“Ini adalah sebuah kerajaan pemerintah yang boleh melaksanakan inisiatif yang difikirkan wajar untuk rakyat.

“Pada hemat saya, tiada masalah berhubung isu pemberian geran ini kerana ia merupakan inisiatif kerajaan. Jadi kalau inisiatif peruntukan yang telah diluluskan kerajaan, ia tiada unsur rasuah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Jumaat lalu, Zahid mengumumkan geran tambahan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) selain peruntukan sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia Terengganu.

Turut diumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri itu malah katanya jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Pengumuman beliau itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai sogokan menjelang PRN.

Malah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sendiri menegaskan pengumuman Presiden UMNO itu melanggar larangan 3C yang digariskan.

Menurut Bersih, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah secara jelas mengenakan syarat jumlah peruntukan itu akan dinaikkan sekiranya parti kerajaan menang dalam PRN pada 12 Ogos ini.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok