Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah

November 29, 2022 · Politik

Adakah kerajaan baharu dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim berani mengikut langkah Perikatan Nasional (PN) dengan tidak meletak individu tergolong kluster mahkamah dalam barisan Kabinetnya?

Malangnya, kenyataan awal Perdana Menteri itu seakan memberi isyarat tiada kesungguhan untuk berdepan pemimpin kluster mahkamah sehingga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sekapal dengan mereka pun terpaksa mengeluarkan gesaan agar Ahli Parlimen (MP) sedang menghadapi pendakwaan tidak dilantik sebagai menteri.

Apakah maksud Anwar apabila mengatakan seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah belum membuat keputusan, adakah pemimpin kluster mahkamah akan dilantik dalam pentadbirannya?

Spekulasi bertiup kencang mengatakan anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin dilantik dalam barisan kabinet sebagai membalas sokongan yang diberikan untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Zahid memainkan peranan besar kepada Anwar, tanpanya Presiden PKR itu akan menjadi PM tepi sekali lagi tetapi mujurlah keberanian melanggar ketetapan parti itu sendiri berjaya membantu cikgunya itu menjadi PM Ke-10 baru-baru ini.

Walaupun UMNO-Barisan Nasional (BN) sudah kalah teruk semasa Pilihan Raya Umum kE-15 (PRU-15) lalu, nampaknya Zahid masih mengambil risiko untuk meneruskan kerjasama dengan parti seterunya bersama-sama dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Habis semua pengundi dan penyokong UMNO ditipunya hidup-hidup, malah sehingga sampai sanggup melanggar sumpahnya sendiri dengan nama tuhan sebelum ini.

Persoalannya, jika pemimpin kluster mahkamah dilantik dalam kerajaan Anwar, apakah masih ada nilai integriti dan ketelusan dalam kerajaan tersebut?

Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil berlaku kerana terbukti PH sudah tidak ada prinsip dan moral politiknya apabila sanggup menerima UMNO-BN sebagai rakan kerjasama mereka asalkan cita-cita Anwar menjadi PM tercapai.

Disitu sudah nampak jelas PH mengabaikan prinsip asas mereka, malah Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli jika sebelum ini bersumpah menjadi individu pertama menentang kerjasama UMNO juga sudah nampaknya membisukan diri.

Rafizi nampaknya tidak lagi menjadi penentang tegar UMNO, malah sebelum ini dilihat duduk semeja dengan Zahid dan boleh beramah-mesra tanpa rasa segan silu.

Dalam isu lantikan Kabinet, dijangkakan isu kluster mahkamah juga akan dikompromi demi memastikan kelangsungan kerajaan PH dan BN ini dapat berkekalan lama.

Insiden menarik sokongan sebelum ini yang dilakukan pemimpin UMNO semasa dalam pentadbiran kerajaan PN pastinya dijadikan pengajaran, Anwar pastinya tidak mahu anak murid setianya itu mengulangi langkah sama.

Satu-satunya jalan untuk mengelakkan ia berlaku, ganjaran setimpal perlu diberikan kepada pemimpin kanan UMNO itu bagi menghalangnya daripada menarik sokongan terhadap kerajaan PH.

Anwar daripada awal-awal lagi tidak berani memberi komitmen barisan Kabinetnya nanti tidak akan terdiri daripada kluster mahkamah, ia sama sekali berbeza semasa era Muhyiddin sebelum ini yang kekal tegas tidak melantik individu dalam kluster mahkamah dalam pentadbirannya.

Malah, Muhyiddin juga tidak tunduk dengan tekanan pemimpin kluster mahkamah dan kekal dengan prinsipnya walaupun terpaksa meletak jawatan sekali pun.

Harga yang terpaksa dibayar bagi pengorbanan itu tinggi, namun sekurang-kurangnya Muhyiddin kekal dengan prinsip.

Bagaimanapun, tidak pasti adakah Anwar berani mengikut jejak Muhyiddin, takkan lah seorang cikgu takut dengan anak muridnya yang hanya minoriti dalam pembentukan kerajaan baharu ini?

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
11 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok