PRN: PAS teliti kemuka petisyen di beberapa kerusi DUN

August 15, 2023 · Politik

Petisyen pilihan raya di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkemungkinan akan difailkan PAS, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung PAS itu berkata pihaknya tidak menolak akan terdapat petisyen yang akan dikemukakan dan sedang meneliti laporan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir pada Sabtu lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara khusus kerusi terbabit.

“PAS percaya perjalanan proses pilihan raya yang baik, teratur dan aman adalah ciri penting sebuah masyarakat dan negara yang matang dan demokratik.

“Ia juga adalah petunjuk kepada kesediaan semua pihak untuk mendaulatkan suara dan kehendak rakyat dalam pemilihan wakil mereka, sekalipun keputusan yang dibuat mungkin tidak memihak kepada kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada PRN Sabtu lalu, Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 32 kerusi DUN di Terengganu, selain menguasai 33 daripada 36 kerusi DUN di Kedah dan 43 daripada 45 kerusi di Kelantan.

Dalam pada itu, beliau berkata PAS turut merakamkan rasa terharu dan jutaan terima kasih kepada lebih 3.3 juta pengundi yang mengundi dan memberi kepercayaan kepada calon PN yang memungkinkan gabungan itu mencapai kejayaan cemerlang memenangi 146 daripada 245 kerusi DUN dipertandingkan.

Secara khusus, katanya, PN berjaya mempertahankan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan jumlah kerusi dan majoriti undi jauh lebih besar melebihi dua pertiga suara.

PN juga, katanya, mencapai kejayaan amat memberangsangkan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikuasai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

“PAS bersama PN komited dan akan meneruskan agenda serta khidmat terbaik untuk semua rakyat di negeri yang berada di bawah pentadbiran PN.

“Pada masa sama PAS akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab serta konstruktif di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikuasai oleh kerajaan PH-BN,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 minit lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok