PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon

November 18, 2023 · Politik

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bermula hari ini dengan pusat penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini akan dibuka pukul 9 pagi nanti.

Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon sebelum diisytiharkan layak bertanding, lapor Bernama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 28 Nov, manakala 2 Dis sebagai hari pengundian.
Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 1 Dis.

Isnin lepas, Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, 66, sebagai calon, manakala PAS memilih Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan tidak meletakkan calon pada PRK Parlimen Kemaman.

Sebanyak 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada PRU-15, Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, calon Pakatan Harapan Hasuni Sudin (8,340) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506).

Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu Rosli Zakaria menasihati mereka yang terlibat pada penamaan calon pagi ini supaya berhati-hati dan peka dengan perubahan sekeliling kerana hujan diramalkan melanda seluruh daerah Kemaman dari pagi sehingga petang nanti.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
4 jam lalu· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
22 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok